‘Influencer’ Terkenal Ambil Keputusan Buang Niqab, Dah Minta Izin Suami – “Saya Tidak Akan Tabarruj”

Kehidupan

‘Influencer’ Terkenal Ambil Keputusan Buang Niqab, Dah Minta Izin Suami – “Saya Tidak Akan Tabarruj”

Personaliti media sosial, Ai Wahida memaklumkan dia kini tidak lagi memakai niqab atau purdah seperti selalunya.

Tampil memberi penjelasan, Wahida yang mesra disapa sebagai Wawa itu berkata dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia berbuat demikian.

Advertisement

Apa yang penting, dia tidak lagi memakai niqab atau purdah setelah mendapat keizinan daripada suami.

Ramai persoalkan mengapa saya buka purdah. Insya-Allah, semua yang saya lakukan pasti ada sebabnya dan juga sudah mendapat izin dan reda suami semestinya.

Jangan risau, insya-Allah saya akan tetap di jalan ini. Akan sentiasa menjaga aurat dengan baik dan sempurna serta tidak bertabarruj (memakai makeup dan sebagainya).

Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya dan berharap Allah reda di atas setiap perkara yang dilakukan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata semangat dan tidak kurang ada yang menyokong tindakan Wahida dengan alasan niqab atau purdah bukanlah benda wajib untuk dilakukan muslimah.

Purdah tak wajib pun yang wajib tu aurat tutup rambut leher tudung labuh pakai handsock pakai stokin longgarkan baju. Itu yang wajib diikuti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki maki
11 months ago

(VIDEO) "Lu Letak Balik Sekarang, This Is My Country Bro!" - Tindakan Lelaki Tegur Pasangan Negara Jiran Beli RON95 Dipuji Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...