Bermacam ‘drama’ dan lakonan yang kita dapat tengok dekat aplikasi TikTok. Ada yang gurauan semata-mata tetapi sesetengah netizen menggunakan aplikasi itu untuk tularkan sesuatu perkara.
Namun, video yang tular baru-baru ini membuatkan beberapa netizen mempersoalkan sama ada ia benar atau hanya lakonan untuk mendapat publisiti.
Menerusi sebuah video di TikTok, dua wanita telah merakamkan detik di mana mereka menyerang seorang ‘founder’ kerana didakwa memberikan duit palsu.
Pada mulanya ‘founder’ wanita itu terpinga-pinga dan terkejut apabila tiba-tiba didatangi dua wanita berkenaan.
Dia kemudian naik angin selepas ditengking dan tercetus ‘perang mulut’ antara mereka.
‘Founder’ itu juga turut dilihat memegang selonggok duit dan campak kepada dua wanita berkenaan sebelum menendang wang yang telah jatuh ke lantai.
Jika dilihat di ruangan komen, netizen berbalah pendapat dan memberikan respon masing-masing.
Ada yang tidak percaya dan menganggap ia hanyalah salah satu ‘marketing strategy’ namun sesetengah dilihat seolah-olah percaya dan berpihak kepadanya.
Namun, seorang wanita yang mendakwa dirinya bekerja di bank berkata bahawa duit di dalam video tersebut bukanlah duit palsu.