‘Influencer’ Sanggup Pinjam Ferrari Bernilai RM18.5 Juta Untuk Buat Konten, Baru 3 Saat Pandu Dah Tersagat

Automotif

‘Influencer’ Sanggup Pinjam Ferrari Bernilai RM18.5 Juta Untuk Buat Konten, Baru 3 Saat Pandu Dah Tersagat

Pada zaman dikuasai media sosial sekarang ni, ramai yang berebut-rebut nak tayang kemewahan dan aset yang dimiliki sama ada hasil titik peluh sendiri atau pun meminjam.

Jangan terkejut tapi memang ada golongan yang sanggup pinjam atau menyewa hanya untuk ‘show off‘ dan nampak kaya di media sosial.

Advertisement

Seperti yang dilakukan oleh seorang pempengaruh dari China baru-baru ini yang sanggup menyewa hypercar Ferrari LaFerrari demi untuk merakamkan konten.

Namun, malang baginya apabila dia telah merosakkan bahagian tepi kereta tersebut ketika mahu keluar dari kotak parkir.

Satu rakaman tular di media portal tempatan menunjukkan pempengaruh bernama Hua Zi  itu dilihat duduk dalam keadaan kecewa kerana perlu membayar kos yang sangat tinggi untuk membaiki kereta tersebut.

Menerusi video itu juga, boleh dilihat seorang wanita ada bersama duduk bersebelahan dengan Hua Zi di dalam kereta itu dan dia adalah ‘talent’ untuk konten yang dirakamkan.

Hua Zi tetap berjanji kepada wanita itu untuk membayarnya 5,000RMB (RM3,200) sebagai token meskipun konten yang mereka rakamkan itu ‘gagal’.

Kos baik pulih kenderaan itu adalah kira-kira 300,000RMB (RM195,243) manakala anggaran kerugian susut nilai adalah setinggi $2 juta RMB (RM1.3 juta). Namun Hua Zi sangat bernasib baik apabila pemilik Ferrari itu hanya memintanya membayar kos pembaikan kerosakan yang dibuatnya sahaja.

Fuh, tinggi betul kos ‘konten’ dia. Daripada kena bayar sewa dengan pelakon, tak pasal pasal kena spend lebih untuk repair kereta.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Farah Lee makan sotong hidup
2 years ago

“Terseksa Haiwan Tu” - Influencer Farah Lee Makan Sotong Hidup Di Korea, Netizen Persoal Hukum Hakam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...