Melalui Instagram Story isteri pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh, dia memuat naik status berang terhadap seorang pempengaruh bernama Shazleen Suhaimi yang ikut campur isu rumah tangganya.
Dalam komen yang ditinggalkan, Shazleen seakan-akan memerli apabila Fara meluahkan kata kesal terhadap Shuk.
Tu orang kata jodoh itu cerminan diri.
Tidak mendiamkan diri, Fara membidas komen pempengaruh tersebut dengan mempersoalkan penampilan yang tidak setanding dengan sikap serta percakapannya.
Muslimah model konon tapi mulut kau? Aku doakan satu hari nanti kau hadap apa aku hadap ni. Senang kau cakap kan? Nak sembang cerminan diri? Aku fight untuk anak aku salah? Aku bising sebab jantan tak guna ni tabur benih je tau.
Dalam pada masa yang sama, wanita itu turut menyifatkan suaminya merupakan lelaki paling jahat yang pernah ditemui dan dia tetap berjuang untuk bayi yang dikandung biarpun doktor menasihatinya untuk menggugurkan anak tersebut.
Ini bukan soal kifarah ke karma ini memang jantan ni paling jahat, paling tak guna aku pernah jumpa. Bukan sebab aku baik tapi sebab aku tanggungjawab! Ini anak aku! Dan jantan tak guna tu tengah bahayakan nyawa aku dalam proses bersalin nanti.