‘Influencer’ Malaysia Ramai Miskin, Mengemis Tajaan, Produk dan Perkhidmatan Percuma?

Trending

‘Influencer’ Malaysia Ramai Miskin, Mengemis Tajaan, Produk dan Perkhidmatan Percuma?

Dengan kewujudan media sosial banyak perkara telah berubah. Antaranya kemunculan ‘influencer’ media sosial yang bertujuan membuat ulasan produk dan perkhidmatan perniagaan bagi tujuan memasarkanya kepada pengikut masing-masing.

Advertisement

 

Namun begitu, terdapat ‘influencer’ yang mengharapkan perniagaan membantu mereka dengan memberi peluang mereka menggunakan produk atau perkhidmatan dengan percuma, dan dijanjikan dengan ulasan untuk mempengaruhi pengikut-pengikut mereka.

Perkara ini didedahkan oleh satu restoran iaitu Wagyu Kokoro di Instagram melalui Instagram Story mereka.

Wagyu Kokoro bagaimanapun tidak mendedahkan siapakah ‘influencer’ yang dimaksudkan.

Ini juga bukan kali pertama satu entiti perniagaan atau individu yang menawarkan perkhidmatan profesional didekati ‘influencer’ yang meminta tajaan.

Sebelum ini pada Januari, seorang juruvideo @azraiizlkp mendedahkan dia didekati oleh seorang ‘influencer’ yang meminta tajaan rakaman video untuk hari perkahwinannya.

Apa lebih menarik, walaupun mempunyai ratusan ribu pengikut di Instagram, kebanyakan ‘influencer’ sebenarnya  tidak dikenali.

Jadi benarkah mereka mampu memberi pulangan kepada entiti perniagaan atau individu yang menawarkan perkhidmatan profesional dalam bentuk peningkatan kepada jualan produk dan perkhidmatan?

Ada mendakwa, sesetengah ‘influencer’ telah menggodam akaun Instagram selebriti dan kemudiannya menggunakan akaun tersebut untuk menjadi seorang ‘influencer’.

Apa pun perlu beringat. Syarikat perniagaan dan individu profesional perlu mengeluarkan kos dan juga membayar bil.


‘Pendedahan’ yang dijanjikan kepada syarikat atau individu yang menaja produk dan perkhidmatan kepada ‘influencer’ tidak semestinya berkesan dan mungkin pengikut ‘influencer’ tersebut tidak bertepatan pasaran bagi produk atau perkhidmatan tersebut.

Oleh itu jangan berasa hairan jika permintaan anda ditolak mentah-mentah. – amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...