‘Influencer’ Ini Buat Netizen Rasa Jijik & Nak Muntah, Guna Najis Sendiri Jadikan ‘Face Mask’ – “Ia Berkesan Pada Kulit Saya!”

Kehidupan

‘Influencer’ Ini Buat Netizen Rasa Jijik & Nak Muntah, Guna Najis Sendiri Jadikan ‘Face Mask’ – “Ia Berkesan Pada Kulit Saya!”

Seorang pempengaruh berasal dari Brazil, Debora Peixoto tular dan menerima kritikan selepas dia berkongsi video rutin kecantikannya menggunakan face mask.

Menerusi Instagram, Peixoto telah mengeluarkan satu bekas dari peti sejuk dan ternyata ia berisi najisnya yang disimpan sebelum digunakan sebagai face mask.

Advertisement

guna najis face mask

Dakwanya, menggunakan najis sebagai face mask mampu untuk mengurangkan tanda penuaan dan menjadikan kulit awet muda.

Menerusi video itu juga, dia dilihat menggunakan alat penyepit untuk menyepit hidungnya bagi menahan bau tidak menyenangkan daripada najis itu.

Benda paling gila saya buat dalam hidup, letak najis saya di muka. Ia berkesan pada saya, muka saya sudah tidak menggelupas!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@deborapeixoto.ofc)

Video tersebut mendapat pelbagai respon negatif daripada masyarakat termasuklah pakar dermatologi.

Menurut pakar kulit dari London, Dr Sophie Momen, tiada bukti saintifik yang menyokong penggunaan najis sebagai rawatan kulit.

Malah, amalan itu juga bahaya kerana berpotensi mendapat penyakit kerana terdedah kepada bakteria dan parasit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aisar khaled dilayan seperti sultan di Indonesia
3 months ago

Tular Video 'Influencer' Aisar Khaled Dilayan Bagai Sultan Di Indonesia, Netizen Terkejut - "Tolong Ambil Dia Terus"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...