‘Influencer’ Indonesia Jatuh Sakit Secara Mengejut Lepas Buat Lawak Tak Jumpa Arah Kiblat Di Mekah – “Sesak Nafas, Jantung Berdebar Laju”

Kehidupan

‘Influencer’ Indonesia Jatuh Sakit Secara Mengejut Lepas Buat Lawak Tak Jumpa Arah Kiblat Di Mekah – “Sesak Nafas, Jantung Berdebar Laju”

Baru-baru ini, kisah seorang influencer Indonesia yang bernama Arif Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mak Beti sewaktu menunaikan ibadah umrah telah menarik perhatian ramai.

Bahana buat lawak tak bertempat

Kongsi Mak Beti, dirinya jatuh sakit secara mendadak selepas membuat jenaka mengenai dirinya tidak pasti arah kiblat ke arah mana, sedangkan hotel yang didiami betul-betul mempunyai ‘view’ Kaabah.

Advertisement

Bahkan, dia turut menyuarakan rasa kurang senang terhadap penepatan arah kiblat hotel tersebut.

Beginikah hotelnya? Jadi kalau saya nak solat, dan saya sakit, ke arah mana saya perlu solat? Anak panah kiblat pun tak ada. Boleh lihat di mana kiblatnya? Di Indonesia, setiap hotel ada anak panah kiblat.

@kabar_seraphic Semoga bisa jadi pembelajaran buat mas arif dan siapapun untuk selalu menjaga ucapannya ketika di tanah suci #viraltiktok #viralvideo #mekkah #tanahsuci ♬ suara asli – Kabar_Seraphic

Jatuh sakit secara tiba-tiba, teguran daripada Allah SWT

Beberapa hari selepas dirinya membuat jenaka tersebut, Mak Beti berkongsi perkembangan terkini di laman media sosial yang memaparkan dirinya lemah terbaring di katil hospital.

Difahamkan, influencer terbabit jatuh sakit secara mengejut dengan alami gejala yang teruk seperti demam, menggigil, sesak nafas serta jantung berdebar laju.

Bukan itu saja, malah dia turut alami kesukaran untuk menelan dan merasa sakit di bahagian tekak setiap kali batuk.

Mak Beti menganggap sakit yang dialaminya itu merupakan teguran daripada Allah SWT secara langsung kerana tidak menjaga tutur kata sewaktu berada di Tanah Suci.

pejalan kaki ke umrah cedera
1 month ago

Dirempuh & Dipijak Jemaah, Rakyat Malaysia Berjalan Kaki Ke Mekah Cedera Teruk - "Acik Tak Sedarkan Diri"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...