Influencer Dipuji Bersikap Terbuka Ketika Dikompaun

Trending

Influencer Dipuji Bersikap Terbuka Ketika Dikompaun

Segelintir influencer akan bersikap kurang senang jika dirinya dikenakan kompaun ketika didapati melanggar SOP yang ditetapkan.

Namun, hal itu tidak berlaku kepada seorang influencer yang dikenali sebagai Syafiq Naseer apabila dia bersikap positif ketika dirinya dikompaun dengan nilai RM 2,000.

Advertisement

3 years ago

Instafamous Akan Dikompaun Berhubung Isu Rentas Negeri Untuk 'Honeymoon'

Dia berkongsi situasi ketika dia perlu membuat bayaran itu melalui akaun TikTok miliknya dan dia turut mengakui tentang kesilapannya melanggar SOP.

Langgar SOP sebab naik kereta lebih daripada dua orang

Menurutnya, kesalahan yang dilakukan ialah dengan menaiki kenderaan melebihi dua orang. Pada awalnya, didapati kesemua individu yang menaiki kenderaan tersebut akan dikompaun.

Namun, atas budi bicara pihak berkuasa hanya pemandu saja yang dikenakan kompaun.

Dapat diskaun untuk bayar kompaun

Dia juga ada memberikan sedikit info dimana individu yang dikenakan kompaun boleh membuat rayuan supaya nilai kompaun diturunkan.

Individu yang dapat membuat bayaran dalam tempoh seminggu akan diberikan diskaun sebanyak 50%, bagi yang membuat pembayaran selepas tempoh seminggu daripada tarikh dikompaun akan mendapat 25%.

Pun begitu jika individu tersebut tidak dapat menjelaskan kompaun yang dikenakan dalam masa dua minggu, maka nilai kompaun akan tetap sama.

Tambahnya, antara sebab lain dia dapat potongan untuk pembayaran ialah dia merupakan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Selain penerima BPN, individu yang dikategorikan sebagai pelajar, warga emas dan kanak-kanak juga boleh mendapatkan harga potongan.

Jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh Syafiq selepas potongan ialah sebanyak RM 500 daripada jumlah maksimum iaitu RM 2000. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Syafiq kerana mengambil daripada sudut positif berhubung dirinya yang dikenakan kompaun.

influencer dikompaun

Bagus sebab tau salah sendiri

influencer dikompaun

Dalam pada itu, jika situasi seperti ini berlaku kepada diri sendiri eloklah untuk mengambil pengajaran dan mengetahui bahawa kesalahan itu tetap daripada diri masing-masing.

Selain mengaku kesalahan diri, Syafiq juga dapat memberikan contoh yang baik bagaimana cara untuk menangani situasi seperti ini.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...