‘Influencer’ Dedah Dapat Lebih RM182,000 Sehari Hanya Dengan Baring Atas Katil

Kehidupan

‘Influencer’ Dedah Dapat Lebih RM182,000 Sehari Hanya Dengan Baring Atas Katil

Hanya dengan berbaring di atas katil, pesohor media sosial wanita ini mendedahkan dia mampu memperoleh lebih 300,000 yuan (RM182,000) sehari.

Gu Xixi berasal dari Nantong, wilayah Jiangsu di China mempunyai hampir lima juta pengikut di laman sosial dan mendedahkan tentang pendapatannya baru-baru ini ketika penstriman langsung di internet.

Advertisement

Gu Xixi

Menurut laporan, antara 8 hingga 16 Februari lalu, jualannya pada satu platform penstriman langsung utama adalah bernilai 10.39 juta yuan (RM6.3 juta) dengan dia mendapat komisen berjumlah 2.79 juta yuan (RM1.6 juta).

Saya menghabiskan sepanjang hari berbaring di atas katil, tidak melakukan apa-apa dan masih membuat jualan 1.16 juta yuan di kedai Douyin saya, dengan anggaran komisen sebanyak 303,200 yuan.

baring atas katil

Gambar hiasan

Sementara itu, pada platform penstriman langsung yang lain pula jualannya mencecah 8.94 juta yuan (RM5.4 juta) sepanjang tujuh hari yang lalu.

Semakin anda mencemburui saya dan semakin anda mengkritik saya, semakin banyak wang  yang saya peroleh. Ia bukan tentang memperoleh ratusan ribu yuan sebulan, ia adalah tentang memperoleh ratusan ribu yuan setiap hari!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

opai
1 month ago

"Saya Multi Millionaire, Tak Wujud Wanita Berpendapatan Lebih Tinggi Daripada Saya" - Opai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...