‘Influencer’ Dari China Ini Sewa Robot Seharian Dengan Caj RM6000 Untuk Kemas Rumah, Masak & Keluar ‘Dating’

Kehidupan

‘Influencer’ Dari China Ini Sewa Robot Seharian Dengan Caj RM6000 Untuk Kemas Rumah, Masak & Keluar ‘Dating’

Seorang pempengaruh dari China membelanjakan 10,000 Yuan (RM6,098) untuk menyewa satu robot seperti manusia untuk tujuan memasak, mengemas serta keluar dating dengannya.

Zhang Genyuan, 25, sebelum ini dikenali dan mendapat perhatian selepas muncul dalam satu rancangan realiti temu janji di China pada 2022.

Advertisement

Sejak itu, Zhang banyak berkongsi tentang pengembaraannya di media sosial tempatan dan kini mempunyai lebih 1.4 juta pengikut.

influencer China sewa robot manusia

 influencer China sewa robot manusia

Bagaimanapun, pada 13 Mac lalu tindakan Zhang menyewa robot seperti manusia itu telah mengundang tanda tanya ramai pengguna internet.

Menerusi video yang dikongsikan, Zhang dilihat meluangkan masa seharian bersama G1, salah satu robot paling maju di China.

Robot berkenaan mempunyai ketinggian 127cm, berat pula 35 kilogram dan ia mempunyai ketangkasan serta boleh melakukan gerakan seni mempertahankan diri.

influencer China sewa robot manusia

influencer China sewa robot manusia

Pada minit awal video tersebut, Zhang dilihat mengaktif G1 yang pada ketika itu terbaring di atas lantai dan mengarahkannya untuk berdiri.

Dia kemudian bercakap dan berbual bersama G1 dengan bertanya beberapa soalan termasuklah tentang dirinya untuk menguji robot berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dapat duit hanya baring atas katil
3 weeks ago

'Influencer' Dedah Dapat Lebih RM182,000 Sehari Hanya Dengan Baring Atas Katil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : SCMP

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...