Seorang peguam dan pempengaruh, Kiang Jau Sang meraih perhatian ramai selepas dia memuat naik video di Instagram baru-baru ini.
Menerusi rakaman itu, dia telah secara terang-terangan menawarkan untuk menderma sperma kepada sesiapa yang tidak boleh memiliki anak.
Menurut WeirdKaya, dia akui sanggup untuk berkongsi DNA dengan orang lain asalkan mereka ini memberikannya ‘angpow’ sebagai balasan kepada sperma yang ‘didermakan’.
Bukan itu sahaja, lelaki itu dengan yakinnya berkata bayi yang lahir daripada sperma miliknya akan membesar menjadi seorang yang tinggi, kacak dan berjaya mendapat pekerjaan profesional sepertinya,
‘Tawaran’ Kiang Jau Sang itu dianggap keterlaluan oleh ramai warganet di Instagram yang tidak menyenangi dan meluat dengan apa yang dikatakan.
Aku sanggup tak ada anak daripada ada anak yang akan jadi terencat macam kau.”
Ada yang pertikai tindakannya yang meminta ‘angpow’ dan berkata dia tidak perlu meminta balasan jika benar ikhlas untuk menderma sperma.