‘Influencer’ Buat Podcast Dipaksa Tidur Dengan Madu Ditahan Polis, Pecah Masuk Rumah Bekas Suami

Kehidupan

‘Influencer’ Buat Podcast Dipaksa Tidur Dengan Madu Ditahan Polis, Pecah Masuk Rumah Bekas Suami

Memetik Harian Metro, seorang wanita berusia 20-an dan juga merupakan pensohor media sosial telah ditahan polis setelah didakwa memecah masuk rumah bekas suami dan madunya pada 22 Julai lalu.

Sebelum ini, wanita itu pernah mendedahkan kisah rumah tangganya menerusi satu siaran langsung di TikTok.

Advertisement

Pensohor media sosial ditahan polis pecah masuk rumah madu

Difahamkan, penahanan reman itu dibuat setelah pihak polis daerah Kota Bharu ada menerima laporan daripada bekas madu wanita itu.

Wanita itu menyedari rumahnya dipecah masuk dan mendapati sliding door (pintu gelongsor) hadapan dalam keadaan terbuka.

Beberapa barangan juga didapati hilang dan pengadu juga menjumpai satu beg plastik ubat di atas meja di dalam biliknya, tertulis nama perempuan yang dikenali olehnya dan suami.

Hasil siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada pintu jeriji keselamatan dan pintu cermin hadapan.

Suspek juga mengaku telah masuk ke dalam rumah semasa ketiadaan bekas madunya.

Influencer dedah kisah rumah tangga suami tabligh

Terdahulu, tular satu video memaparkan dua wanita dipercayai suspek yang mendakwa dirinya sering dikasari bekas suami selain mendakwa dirinya telah dipaksa melakukan perkara di luar batasan seperti tidur dan mandi bersama madu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami tabligh suruh tidur dengan madu
3 months ago

"Bini Kena Cari Duit, Seksa Bini" - Suruh Tidur Sekatil & Mandi Bersama, Isteri-Isteri Dedah Perangai Suami Tabligh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...