Industri Seni Malaysia Semakin Keliru – Anuar Zain

Hiburan

Industri Seni Malaysia Semakin Keliru – Anuar Zain

Tak salah untuk Abang Nara katakan  yang Anuar Zain ialah salah seorang penyanyi terulung di Malaysia. Jadi apabila Anuar Zain meluahkan isi hatinya tentang radio tempatan tidak menyokong penyanyi Malaysia, ianya harus diberi perhatian. Ini semua gara-gara lagu-lagu di dalam album keempat Anuar Zain yang jarang diputarkan di dalam radio.

anuar zain

Advertisement

Ikuti luahan hati Anuar Zain di bawah yang dikeluarkan di dalam Utusan Malaysia hari ini:-

Saya akui lagu-lagu terbaru saya memang jarang diputarkan di radio. Bukannya tidak pergi berjumpa dengan orang kuat stesen radio tetapi alasan yang sering diberikan cukup mengelirukan. Ada kalanya saya merasakan alasan pendengar sukar menerima dan tidak menepati cita rasa adalah jawapan yang sangat ketinggalan zaman. Bagaimana industri seni kita hendak maju jika tidak mendapat sokongan daripada orang industri sendiri. Apabila tidak muncul dengan album, ramai yang bertanya tetapi lain pula yang jadi.

Saya percaya bukan saya seorang yang berhadapan dengan situasi seperti ini. Ada juga teman-teman artis lain meluahkan perasaan yang sama sehingga mereka berasa tawar hati untuk menerbitkan album kerana tidak mendapat sokongan daripada industri sendiri. Kita adalah anak tempatan dan seharusnya orang kita yang menyokong. Industri seni sebenarnya memiliki ramai bakat yang hebat tetapi peluang itu seolah-olah ditutup dan disekat apabila ada pihak bersikap prejudis.Lagu yang tidak sedap sekalipun kalau diputar berulang kali, ia akan melekat di telinga dan menjadi sedap.

Saya hanya meluahkan isi hati saya dan bercakap secara am kerana inilah yang berlaku di dalam industri lewat kebelakangan ini. Jika mereka mahu terus bersikap egoistik, teruskan. Saya percaya pada rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Apabila saya mendengar radio sebelum ini, hampir semua lagu-lagu yang dimainkan semuanya kedengaran serupa. Memang pada awalnya, kita merasakan ia adalah sesuatu yang enak didengar.

Tetapi lama-kelamaan apabila ada artis yang turut menyanyikan lagu dalam ritma dan rentak yang lebih kurang sama, ia menjadi bosan. Saya meletakkan diri sebagai pendengar yang juga mahu mendengar lagu-lagu daripada genre berbeza.

Tidak dinafikan, industri muzik kita memang bermusim. Lihat saja apa yang terjadi pada muzik dangdut, nasyid dan tradisional. Semuanya lenyap begitu sahaja kerana kecenderungan pihak tertentu yang mahu memeriahkan industri dalam satu-satu musim sahaja. Jika ini berterusan, saya percaya industri kita tidak akan berkembang maju dan pergi jauh. Bagaimana kita hendak mendidik pendengar dan peminat jika karyawan kita sendiri tidak mengambil langkah sepatutnya?

Saya bersyukur lebih sedekad dalam industri selepas menjadi penyanyi solo, muzik saya diterima dengan baik dan peminat mengenali Anuar Zain menerusi muzik yang saya perjuangkan. Alhamdulillah, ia kekal sehingga ke hari ini dan mereka terus menghargai apa yang saya lakukan. Setiap karya yang dihasilkan perlu ada jiwanya sendiri dan melambangkan perjuangan seseorang artis itu. Biar apa pun yang terjadi, saya akan terus merakamkan album kerana minat dan cinta itu masih lagi menebal. Keseronokan di dalam studio itu pengalaman yang cukup berharga

Ada benarnya kata-kata Anuar Zain terutama bab lagu kalau diputarkan banyak kali akan jadi sedap didengar. Abang Nara pun memang selalu layan radio ketika memandu, tak dinafikan memang banyak lagu-lagu daripada Indonesia yang diputarkan. Ada sesetengah stesen radio turut memainkan lagu Korea berulang kali untuk menarik peminat Kpop.

null

Namun bagi  Abang Nara, lagu nyanyian artis Malaysia turut dimainkan secara kerap di corong . Cuma trend stesen radio sekarang ialah memainkan lagu yang sama berulang kali kerana tahu lagu itu digemari pendengar. Mungkin trend tersebut perlu diubah supaya lebih banyak lagu anak tempatan boleh dikeudarakan. Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...