Industri Pelancongan Kian Merosot, Ramai Kakitangan Bakal Dibuang Kerja

Trending

Industri Pelancongan Kian Merosot, Ramai Kakitangan Bakal Dibuang Kerja

Susulan penularan wabak Covid-19 yang kian berpanjangan,  sektor seperti industri pelancongan misalnya turut mengalami kerugian mendadak. Bukan sahaja terpaksa ditutup, malah tenaga kerja juga terpaksa dikurangkan dengan jumlah yang banyak.

Pendek kata, pengecilan operasi yang akan mengakibatkan lebih ramai pekerja dalam industri pelancongan akan diberhentikan seketika.

Ini antara langkah segera yang terpaksa diambil syarikat bagi mengelak perniagaan mereka gulung tikar.

Presiden Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA), Emmy Suraya Hussein berkata tindakan itu terpaksa diambil jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan tamat Jun ini, dilanjutkan.

Advertisement

Katanya, adalah amat sukar bagi hotel bagi menerus dan menampung kos operasinya tanpa kehadiran pengunjung atau pelancong, terutama selepas larangan rentas negeri dan daerah dilaksana sejak minggu lalu. memaksa pergerakan rakyat menjadi semakin terhad.

“Sukar untuk kami bertahan dan melalui keadaan seperti sekarang, inilah realitinya. Kalau ini berterusan, kami terpaksa buang pekerja dan kalau kita buat, maka banyaklah pengangguran nanti”

Sidang media secara maya itu diketuai Presiden MITA, Uzaidi Udanis, turut dihadiri beberapa ahli MITA yang juga pemain industri pelancongan tempatan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Shaharuddin M Saaid, berkata cabaran besar juga bakal dihadapi pihak hotel apabila PKP ini ditamatkan kelak.

Sepanjang PKP, katanya, ramai kakitangan dan pekerja yang terpaksa diberhentikan bagi mengurangkan beban kos operasi, memandangkan hotel tidak menerima tetamunya.

Tambah beliau, apabila PKP ditamatkan kelak, hotel kembali dibuka, pekerja dan kakitangan yang ada nanti tidak akan mampu menguruskan ketibaan ramai tetamu dan pelancong dalam satu-satu masa atau secara serentak. Ini juga masalah besar kepada industri.

Sama-sama kita doakan yang terbaik ya. Sungguh, ini bukanlah berita yang menggembirakan. Semoga negara kita akan pulih seperti sedia-kala.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...