Industri Masih Terkesan Dengan Covid-19, Syafiq Yusof Tangguh Hasilkan Filem Baharu

Hiburan

Industri Masih Terkesan Dengan Covid-19, Syafiq Yusof Tangguh Hasilkan Filem Baharu

Pengarah filem dan penulis skrip muda, Syafiq Yusof merancang menangguhkan dahulu hasrat untuk menghasilkan filem baharu. Adik kepada Syamsul Yusof itu membuat keputusan sedemikian berikutan keadaan industri perfileman yang masih terkesan dengan penularan Covid-19.

syafiq yusof misteri dilaila
4 years ago

Syafiq Yusof Akhirnya Mengaku Filem Misteri Dilaila Tiru Jalan Cerita Filem Vanishing Act

Advertisement

Syafiq Yusof atau nama lengkapnya Muhd Syafiq bin Mohd Yusof berkata pandemik memberi impak bukan sahaja kepada pengarah, tetapi seluruh warga kerja industri perfileman. Mereka perlu berkurung dalam tempoh yang lama sehingga ramai penggiat kru perfileman yang kehilangan kerja.

Syafiq Yusof

Syafiq, 28, menjelaskan bahawa penggambaran sudah boleh dilakukan dengan prosedur operasi standard (SOP). Begitu juga panggung wayang yang dibuka dengan jumlah kemasukan penonton yang terhad.

Ini satu petanda yang baik. Tetapi kita belum kembali normal lagi. Jadi, buat masa ini saya tangguhkan dahulu hasrat untuk menghasilkan filem baharu bagi tontonan di panggung wayang

Syafiq berkata demikian ketika menyertai sesi bersama wartawan bagi memperkenal filem Penunggang Agama 2 yang dilaksanakan secara digital.

Dalam pada itu, Syafiq memaklumkan bahawa dua filem arahannya, Abang Long Fadil 3 dan Polis Evo 3 yang telah pun siap sepenuhnya. Namun, kata Syafiq, penayangan filem-filem tersebut terpaksa ditunda ekoran keadaan semasa yang masih tidak menentu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...