Indonesia Sedia Untuk Laksanakan Kembali Perintah Berkurung

COVID-19

Indonesia Sedia Untuk Laksanakan Kembali Perintah Berkurung

Indonesia dilaporkan akan melaksanakan kembali perintah berkurung atau mengetatkan lagi peraturan sekiranya laporan kes COVID-19 di republik itu terus meningkat.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan ketua wilayah yang melaksanakan fasa normal baharu membuat penilaian rutin situasi semasa di lapangan.

Advertisement

Jokowi menyatakan perkara itu, ketika mengadakan lawatan di Pejabat Pasukan Bertindak COVID-19 Kebangsaan rabu lalu. Menurutnya, terdapat risiko wujudnya peningkatan semula jangkitan sekiranya norma baharu dilaksanakan buat masa ini sedangkan negara itu masih belum bersedia.

Indonesia melaporkan 1,241 kes baharu COVID-19 semalam, angka tertinggi pernah direkodkan dalam tempoh sehari. Setakat ini, republik itu mencatatkan 34,316 jumlah jangkitan dengan 1,959 kematian dan 12,129 pulih.

Statistik yang dikeluarkan oleh negara itu menunjukkan 3.05 juta rakyatnya kehilangan pekerjaan setakat 2 Jun kesan daripada pandemik berkenaan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...