Indonesia Batalkan Solat Terawih Berjemaah Dan Solat Hari Raya Aidilfitri

Trending

Indonesia Batalkan Solat Terawih Berjemaah Dan Solat Hari Raya Aidilfitri

Indonesia telah mengeluarkan arahan menerusi surat edaran berkenaan ibadah puasa dan sambutan Aildilfitri yang akan dilaksanakan sepenuhnya secara di rumah. Ini bermakna Indonesia menghalang sebarang aktiviti yang biasa dilakukan penduduknya sewaktu menyambut ketibaan bulan Ramadhan dan Syawal.

Dengan mengambil kira isu keselamatan dan kesihatan penduduk di negara tersebut, kerana penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap yang tinggi. Langkah ini dikira sebagai langkah pencegahan yang paling efektif untuk mengurangkan lagi risiko jangkitan virus itu.

Advertisement

Surat edaran yang dikeluarkan mengandungi beberapa panduan untuk muslim menjalani ibadah ketika berpuasa terutama solat terawih yang bakal dilakukan di rumah sahaja. Solat terawih boleh dilakukan secara bersendirian atau bersama ahli keluarga.

solat terawih

Bukan sahaja solat terawih, bahkan orang ramai juga tidak dibenarkan berada di luar pada waktu berbuka puasa ataupun ketika sahur. Sebarang penganjuran ‘sahur on the road’ yang sinonim dengan penduduk Indonesia ketika musim Ramadhan juga tidak dibenarkan. Berbuka puasa dalam bilangan kelompok yang besar turut dihalang.

Setakat ini penduduk dinasihatkan untuk bersedia menghadapi bulan Ramadhan secara bersederhana dan memperbanyakkan aktiviti tadarus Al-Quran di rumah.

Di dalam surat edaran itu juga akan disertakan panduan yang dibenarkan ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri. Amalan takbir Aidilfitri yang dilaungkan secara beramai-ramai di setiap kawasan perumahan berkemungkinan akan dibatalkan. Penduduk akan dinasihatkan untuk sekadar bertakbir di rumah dan takbir Aidilfitri di masjid akan dipasang dengan pembesar suara.

Aktiviti ketika Hari Raya Aidilfitri atau lebih disebut sebagai ‘halal bihalal’ di Indonesia masih boleh dilakukan menerusi bantuan teknologi, media sosial dan panggilan video. Namun keputusan akhir akan diumumkan selepas fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) berkaitan panduan ibadah Solat Aidilfitri ketika wabak COVID-19 diterbitkan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...