Individu Yang Melanggar PKP Tidak Akan Direkodkan Sebagai Banduan

Trending

Individu Yang Melanggar PKP Tidak Akan Direkodkan Sebagai Banduan

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Berikutan perkara ini, umum mengetahui bahawa individu yang ingkar akan dikenakan tindakan mahkamah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan juga boleh dipenjarakan.

Oleh itu, kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai tanggapan bahawa individu yang bersalah ini akan mempunyai rekod banduan seperti pesalah yang melakukan jenayah yang lain.

Advertisement

Baca: Bos Syarikat Dipenjara 7 Hari Dan Denda RM10,000 Kerana Minta Pekerja Datang Bekerja Semasa PKP

Menjawab persoalan tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah tampil mengesahkan bahawa nama pesalah ingkar PKP tidak akan dimasukkan dalam sistem rekod jenayah Polis Diraja Malaysia. Menjadikan ianya sekaligus tidak akan direkodkan sebagai banduan.

Hal ini kerana kebanyakan dari pesalah PKP adalah dari golongan remaja dan rekod banduan boleh menjejaskan masa depan mereka.

Gambar hiasan

Apabila ada rekod (banduan) nanti, mereka susah nak cari kerja. Itu yang kami ambil kira. Jadi, tiada rekod banduan untuk mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, perkara ini bukanlah satu peluang untuk orang ramai ingkar arahan PKP. Menurut rekod, sebanyak 24,081 individu telah ditangkap kerana ingkar arahan PKP sejak 18 Mac lalu.

Baca: Bantu Kerajaan Dengan Mengambil Gambar Atau Video Individu Yang Ingkar PKPB

Terkini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menyeru orang ramai untuk lebih patuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta tingkatkan disiplin sosial bagi mencapai matlamat untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Selain itu, peniaga, pengusaha dan majikan perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Sila duduk rumah jika tiada urusan penting di luar.”

Sumber: (1)(2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...