Seperti sedia maklum, poligami menjadi salah satu isu yang sentiasa hangat diperkatakan oleh netizen setiap hari.
Ada pihak yang bersetuju untuk berpoligami dan ada juga yang tidak bersetuju.
Seorang individu tampil membuat satu hantaran di aplikasi X menceritakan tentang kisah yang terjadi di mahkamah syariah baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut, dia memberitahu Hakim memerintahkan si suami untuk membayar iddah sebanyak RM2.5 ribu kepada si isteri.
Namun si suami meminta untuk membuat pembayaran secara ansuran dan permintaan tersebut telah ditolak oleh Hakim.
Si suami tampil memberikan slip gaji kepada Hakim yang menunjukkan dia hanya menerima gaji sebanyak RM900 sebulan.
Terkejut akan pengakuan itu, Hakim mempertikai tindakan lelaki tersebut yang ternyata mengamalkan poligami.
RM900 sebulan macam mana boleh kahwin lagi satu?!
Menjengah ke ruangan komen, netizen mempertikai adakah para wanita yang ingin menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat untuk menyemak hasil pendapatan lelaki tersebut sebelum dijadikan suami kerana kebanyakan mereka tidak menerima nafkah yang sepatutnya.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.