Individu Terkilan Ibu Kritik Gaji – “Sekolah Tinggi Tapi Gaji Macam Takde Sekolah..”

Kehidupan

Individu Terkilan Ibu Kritik Gaji – “Sekolah Tinggi Tapi Gaji Macam Takde Sekolah..”

Baru-baru ini, seorang individu telah meluahkan rasa kecewa apabila ibunya mempersoalkan pendapatan yang diperolehnya.

Menerusi satu hantaran di platform X, individu tersebut menjelaskan bahawa walaupun dia masih dalam tempoh latihan industri, gaji yang diterimanya sedikit lebih tinggi daripada biasa menyebabkan keluarganya menyangka dia sudah bekerja secara tetap.

Advertisement

lelaki kecewa

Saya dahlah berada di titik paling rendah dalam hidup, terasa sangat bila mak cakap ‘sekolah tinggi tapi gaji rendah macam takde sekolah’.

 

Saya menangis dekat office sumpah terasa. Nak berapa gaji? 100K ke?

Serah semua gaji pada ibu

Namun, dia menjelaskan walaupun dia terasa, dia tetap sanggup menyerahkan semua pendapatannya kepada ibunya.

Jadi saya bagi je semua yang saya dapat bulan ni. Saya terasa tak apa, jangan mak yang terasa.

Dia juga memaklumkan bahawa semua wang simpanannya telah digunakan untuk persiapan Aidilfitri. Malah, dia tidak membeli pakaian baru dan hanya mengenakan baju raya dari tahun-tahun sebelumnya.

duit tunai

Bulan ni saya rasa semua orang pun tengah susah sebab nak sambut raya. Saya pun sama. Semua simpanan saya bagi untuk raya.

 

Saya sendiri pun tak beraya sangat. Baju pun pakai yang lama-lama je.

Jadi ‘tulang belakang’ keluarga

Tekanan yang dirasainya semakin berat apabila dia menjadi sandaran keluarga kerana dianggap sudah berjaya dan mampu berdikari.

Hakikatnya, dia masih menjalani latihan industri dan terpaksa memikul segala beban seorang diri, hanya kerana elaun yang diterimanya sedikit lebih tinggi daripada kebiasaan.

Sekarang ni saya tengah buat latihan industri, tapi macam kerja sebenar. Mak saya pun tahu benda ni, cuma sebab gaji saya nampak lebih tinggi daripada intern biasa, jadi mereka anggap saya dah kerja.

 

Saya pun tak tahu nak jelaskan macam mana. Tapi bagi mereka, saya dah kerja. Sedangkan saya masih belajar.

Walaupun dilanda emosi, individu tersebut tetap mempertahankan ibu bapanya dan tidak menyalahkan mereka.

Tolong jangan kecam mak ayah saya ya. Mereka pun masih belajar memahami. Saya pun tak salahkan mereka.

 

Saya cuma luahkan perasaan saja. Saya sayang mak sangat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buatnya dan mendoakan agar dia terus tabah dalam mendepani ujian hidupnya.

komen twitter komen twitter komen twitter

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

dua pelajar malaysia berjaya masuk universiti harvard
2 weeks ago

Hebat! Dua Pelajar Wanita Malaysia Berjaya Lanjutkan Pengajian Ke Harvard College

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...