Individu Tegur Abby Abadi ‘Kenen’ Marissa Dania Dengan Lelaki Lain – “Berdosa Runtuhkan Masjid Anak Sendiri…”

Hiburan

Individu Tegur Abby Abadi ‘Kenen’ Marissa Dania Dengan Lelaki Lain – “Berdosa Runtuhkan Masjid Anak Sendiri…”

Hantaran dikongsikan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tentang rumah tangga anaknya baru-baru ini menjadi bualan ramai di media sosial.

Mana tidaknya, Abby menyatakan isi hatinya yang terbuku dan seolah-olah mahu anak perempuannya, Marissa Dania berpisah dengan suami, Aslam.

Advertisement

abby abadi
2025-08-26 10:31:37

"Doakan Anak Saya Berjaya Keluar Dari Hubungan Toksik Itu, Anak Saya Perlu Diselamatkan.." - Abby Abadi

Ternyata ramai juga yang bersetuju dengan pendapat Abby dan menasihati Marissa untuk ‘melepaskan’ cintanya dan memulakan kehidupan baru.

Bagaimanapun, sesetengah individu berasa kurang senang dengan tindakan Abby kerana bukan sahaja tidak menghormati Aslam sebagai suami anaknya tetapi juga menggunakan cara begitu untuk meruntuhkan rumah tangga mereka.

Marissa Dania dan Abby Abadi

Seorang individu menyuarakan pendapatnya di Threads dan telah mendapat perhatian ramai yang bersetuju dengan kata-katanya itu.

I tahu you tak suka menantu tu, tapi hormat dia sebagai suami. Berdosa meruntuhkan masjid anak sendiri sambil kenen-kenenkan dengan orang luar.

Individu tersebut juga tidak mampu berkata-kata dan terkejut apabila ramai yang menyokong perbuatan Abby itu meskipun Marissa masih memegang status sebagai isteri.

netizen tegur Abby Abadi

Pendapat individu berkenaan mendapat pelbagai respon di mana rata-ratanya bersetuju dengan apa yang cuba disampaikannya tentang tindakan Abby.

Ada yang berkata Abby tidak seharusnya masuk campur urusan rumah tangga anaknya dan seorang individu pula menegur pelakon itu bahawa niat tidak menghalalkan cara.

netizen tegur Abby Abadi netizen tegur Abby Abadi netizen tegur Abby Abadi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...