Individu Tawar Bakal Bayar Keseluruhan Sewa Kedai, Tapi Ada Syaratnya…

Kehidupan

Individu Tawar Bakal Bayar Keseluruhan Sewa Kedai, Tapi Ada Syaratnya…

Akibat daripada pandemik yang melanda negara, banyak sektor-sektor yang mengalami kemerosotan pendapatan terutamanya sekotor perniagaan yang melibatkan pengusaha restoran  kerana perlu membayar sewa bulanan premis.

Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu, Johor Bahru (PPPPIKMJB) mendakwa terdapat individu menawarkan untuk membayar sewa bulanan premis kepada peniaga restoran di negeri tersebut tapi dengan syarat untuk menyediakan meja yang dikhususkan untuk aktiviti perjudian atas talian, lapor akhbar Harian Metro.

Advertisement

Bukan itu sahaja, syarat yang lain ialah peniaga perlu membuka sepenuh masa dan tidak perlu bimbang mengenai aktiviti yang akan dilakukan di premis mereka kerana ada pihak yang menjaga di kawasan mereka nanti.

Ini merupakan salah satu kesempatan yang diambil oleh tauke judi bagi memastikan aktiviti mereka dapat berjalan ketika pandemik ini.

PPPPIKMJB berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kegiatan perjudian atas talian ini dan menasihati orang ramai terutamanya kepada para peniaga supaya berhati-hati dan tidak mengambil jalan pintas dengan menerima tawaran yang ditawarkan oleh tauke judi yang ada.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...