Pengarah filem pecah panggung Munafik 2, Syamsul Yusof meluahkan rasa syukur dan puas hati apabila Mahkamah Tinggi Taiping hari ini mengarahkan individu yang menyebarkan filem tersebut secara haram untuk membayar saman berjumlah RM 100,000 kepada Skop Productions.
Berita tersebut disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh beliau di Twitter. Kata Syamsul tindakan tersebut diambil agar ia menjadi pengajaran kepada pihak tersebut yang dikenali sebagai Sasuke Kun ataupun nama sebenarnya Muhammad Izwan Shah Kamal Shah.
Mahkamah jatuh hukum pd pesalah utk bayar ganti rugi Rm100 ribu pd pihak Skop Productions. Ramai lagi bakal kena.https://t.co/niSGYu9T5I pic.twitter.com/YUSpHjuAC2
— Syamsul Yusof (@SyamsulYusof84) November 13, 2018
Selepas ini, lebih ramai lagi individu akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan yang sama. Antara sebab beliau mengambil tindakan itu juga adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang jenayah cetak rompak.