Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Individu Sebar Fitnah Minyak Pengasih Dan Nikah Sembunyi Dicari, PA Neelofa Minta Bantuan Kesan Wanita Untuk Tindakan Susulan

Individu dicari Syamimi

Susulan isu fitnah dan kontroversi yang melanda Neelofa dan PU Riz, pembantu peribadi kepada Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin telah tampil meminta orang ramai untuk mencari wanita yang menggunakan nama Syamira Safiya kerana telah melemparkan tuduhan berat kepada kedua pasangan popular itu.

Neelofa PU Riz

Advertisement

Didakwa telah menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz, Nadiah telah memuat naik sebuah entri di ruangan Instagram Storynya dan meminta mereka yang mengenali wanita itu supaya tampil memberikan maklumat untuk membantu pihaknya mengesan lokasi dan kedudukannya.

Notis cari Syamira

Pada hari yang Sabtu lalu, sebuah akaun Twitter dengan nama Syamira Safiya telah memuat naik tangkap layar sebuah perbualan yang mendedahkan bahawa Neelofa sudah terkena minyak pengasih dan kini sedang berubat. Malah, dalam mesej itu juga tertulis bahawa pasangan itu sudah pun bernikah secara sembunyi dan dakwaan bekas pengacara MeleTOP itu telah memasukkan sejumlah wang ke akaun tunangnya itu atas tujuan tertentu.

Syamira Safiya

Walau bagaimanapun, tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Neelofa telah tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi antara dia dan PU Riz dan menafikan segala kata-kata fitnah yang berlegar di media sosial.

Kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz sedang dilanda badai telah hangat diperkatakan netizen sebaik sahaja adik beradik kepada pengusaha tudung jenama Naelofar itu asyik berkongsikan status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan khas buat PU Riz.

Sekadar info, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu di kediaman keluarga pihak perempuan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

SUMBER : Instagram Nadiah Khairudin
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    December 29, 2020 at 1:15 pm

    ok, yg fitnah ni pun melampau. tapi kan, takkan sbb benda ni diorg berantakan pulak. tak boleh anggap gossip liar je ke? carry on jelah lepas tu saman lah pemfintah tu.. tapi kenapa diorg berdua ni mcm problem lebih besar dr ni? ke mmg ada angin atau family yg tambah kuah? yelah kalau dah kawin nanti, wife kena lah ikut ckp laki… takut pulak family dia duit hajah jatuh kt org luar. kang family hajah yg sendu ni x dpt nak glamor2 pulak.

  2. tecit

    December 29, 2020 at 11:23 am

    xbaik btol la. bahaya nye fitnah ni. xpsl2 org baik dipandang jahat. dr ko fitnah baik ko bunuh depa je dikk. sumber nye pon kan main nak berlapis2 lagi. kakak die punye kawan. kawan tu punye sepupu. sepupu tu pa ntah mane ntah. choyyy2

  3. Kak Jat

    December 28, 2020 at 10:28 pm

    tak, ko yg tk faham Du, dorang dah takde duit, so saje je post dkt ig, nak pancing, tgk sorang dah termakan umpan, lepas ni saman, dpt duit, ada duit blk, mcm tak tahu taktik dorang ni.

  4. Du

    December 28, 2020 at 5:31 pm

    Lain kali famili jgn kluar ig sindir menyindir.. Pelik betul

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama