Individu Sebar Fitnah Minyak Pengasih Dan Nikah Sembunyi Dicari, PA Neelofa Minta Bantuan Kesan Wanita Untuk Tindakan Susulan

Hiburan

Individu Sebar Fitnah Minyak Pengasih Dan Nikah Sembunyi Dicari, PA Neelofa Minta Bantuan Kesan Wanita Untuk Tindakan Susulan

Susulan isu fitnah dan kontroversi yang melanda Neelofa dan PU Riz, pembantu peribadi kepada Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin telah tampil meminta orang ramai untuk mencari wanita yang menggunakan nama Syamira Safiya kerana telah melemparkan tuduhan berat kepada kedua pasangan popular itu.

Neelofa PU Riz

Advertisement

Didakwa telah menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz, Nadiah telah memuat naik sebuah entri di ruangan Instagram Storynya dan meminta mereka yang mengenali wanita itu supaya tampil memberikan maklumat untuk membantu pihaknya mengesan lokasi dan kedudukannya.

Notis cari Syamira

Pada hari yang Sabtu lalu, sebuah akaun Twitter dengan nama Syamira Safiya telah memuat naik tangkap layar sebuah perbualan yang mendedahkan bahawa Neelofa sudah terkena minyak pengasih dan kini sedang berubat. Malah, dalam mesej itu juga tertulis bahawa pasangan itu sudah pun bernikah secara sembunyi dan dakwaan bekas pengacara MeleTOP itu telah memasukkan sejumlah wang ke akaun tunangnya itu atas tujuan tertentu.

Syamira Safiya

Walau bagaimanapun, tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Neelofa telah tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi antara dia dan PU Riz dan menafikan segala kata-kata fitnah yang berlegar di media sosial.

Kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz sedang dilanda badai telah hangat diperkatakan netizen sebaik sahaja adik beradik kepada pengusaha tudung jenama Naelofar itu asyik berkongsikan status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan khas buat PU Riz.

Sekadar info, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu di kediaman keluarga pihak perempuan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Nadiah Khairudin

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...