Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Individu Sebar Fitnah Akui Tiada Niat Jahat, Neelofa Terima Permohonan Maaf & Titip Nasihat

neelofa

Akhirnya wanita bernama Syamira Safiya yang didakwa memfitnah Neelofa dan PU Riz telah membuat permohonan maaf secara terbuka di laman media sosial.

Menurut entri itu, dia mengakui telah mengeluarkan kenyataan di Twitter dan beberapa platform media sosial lain yang tidak berasas dan sahih pada 26 Disember lalu.

“Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020. Saya mendakwa dan membuat pernyataan itu tanpa asas dan ia adalah tidak benar.”

Advertisement

Menurutnya lagi, dia tidak mempunyai niat jahat ketika menulis mengenai tuduhan itu dan berasa kesal dengan tindakannya.

“Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka.”

neelofa

Tambah Syamira, permohonan maaf ini dibuat atas kerelaan hatinya sendiri bagi memperbetulkan keadaan dan bukannya tekanan daripada mana-mana pihak.

Selepas permohonan maaf itu dibuat, Neelofa dilihat telah menitipkan nasihat buat wanita itu.

Advertisement

“Adik, kamu masih muda baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan. Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tapi ada banyak hikmah yang tersirat.”

Malah Neelofa juga menjelaskan bahawa dia sudah pun memaafkan Syamira dengan seikhlas hati dan berdoa agar Allah menjaganya.

Semoga perkara ini tidak berulang lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. man

    January 4, 2021 at 11:25 am

    mula2 benci jgk nyampah dgn keluarga Neelofa, tp bila tgk Safiey elias, baik aku sokong perubahan yg mmg dah jelas dari aku sokong Safiey Elias yg makin hanyut tu, #kipidap Neelofa

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top