Akhirnya wanita bernama Syamira Safiya yang didakwa memfitnah Neelofa dan PU Riz telah membuat permohonan maaf secara terbuka di laman media sosial.
Menurut entri itu, dia mengakui telah mengeluarkan kenyataan di Twitter dan beberapa platform media sosial lain yang tidak berasas dan sahih pada 26 Disember lalu.
“Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020. Saya mendakwa dan membuat pernyataan itu tanpa asas dan ia adalah tidak benar.”
Menurutnya lagi, dia tidak mempunyai niat jahat ketika menulis mengenai tuduhan itu dan berasa kesal dengan tindakannya.
“Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka.”
Tambah Syamira, permohonan maaf ini dibuat atas kerelaan hatinya sendiri bagi memperbetulkan keadaan dan bukannya tekanan daripada mana-mana pihak.
Selepas permohonan maaf itu dibuat, Neelofa dilihat telah menitipkan nasihat buat wanita itu.
“Adik, kamu masih muda baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan. Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tapi ada banyak hikmah yang tersirat.”
Malah Neelofa juga menjelaskan bahawa dia sudah pun memaafkan Syamira dengan seikhlas hati dan berdoa agar Allah menjaganya.
Semoga perkara ini tidak berulang lagi.