Individu Rimas Kawan Asyik Meminjam, Suami Pula Utamakan Tabligh – “Konon Kejar Akhirat Tapi Tiap Bulan Minta Duit Orang”

Kehidupan

Individu Rimas Kawan Asyik Meminjam, Suami Pula Utamakan Tabligh – “Konon Kejar Akhirat Tapi Tiap Bulan Minta Duit Orang”

Satu perkongsian media sosial daripada seorang individu tampil meluah perasaan gara-gara rakannya kerap menghantar mesej untuk meminjam duit.

Menurut wanita itu, kehidupan rakannya itu bergantung kepada sumbangan zakat selain sikap suaminya yang culas memberi nafkah buat anak dan isteri.

Advertisement

Difahamkan, suami rakannya itu terlalu mementingkan urusan tabligh sehingga mengabaikan tanggunjawab sebenar.

Setiap bulan memang wajib chat nak pinjam. Bukan takank bagi tapi aku benci dengan laki dia yang ikut tabligh konon kejar akhirat tapi anak bini tiap bulan dok meminta duit kat orang.

Aku bukan bank bergerak! Tolong la suami dah tahu suami jalankan tanggungjawab kau!

Gara-gara terlalu kerap meminta pinjam duit, wanita itu ada memberi nasihat kepada rakannya untuk mencari kerja sampingan namun ada saja alasan yang diberikan.

KomenSumber : TikTok  

Alasan rakannya itu adalah kereta ditarik dan dia tidak mempunyai kenderaan untuk pergi bekerja.

Berikutan itu, wanita berkenaan enggan lagi memberi pinjam wang kerana yakin rakannya itu tidak mampu membayar semula.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ustaz Don speed dating
7 months ago

"Zaman Sekarang Jodoh Susah Nak Cari" - Ustaz Don Daniyal Beri Pendapat Isu Umat Islam Sertai 'Speed Dating'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...