Individu Rebus Daging Khinzir Dalam ‘Kettle’ Hotel, Mek Yun Luah Rasa Kesal – “Sebagai Orang Cina Saya Malu, Menjijikkan!”

Kehidupan

Individu Rebus Daging Khinzir Dalam ‘Kettle’ Hotel, Mek Yun Luah Rasa Kesal – “Sebagai Orang Cina Saya Malu, Menjijikkan!”

Baru-baru ini, tular di platform media sosial video memaparkan individu berbangsa Cina merebus daging khinzir di dalam ‘kettle’ hotel hingga membuatkan ramai pihak berasa kesal.

Mek Yun berang ada individu rebus daging khizir dalam ‘kettle’ hotel

Bukan saja warganet, malah pempengaruh dikenali ramai iaitu Mek Yun turut tidak dapat menerima sikap kurang ajar individu berkenaan melakukan perkara sedemikian.

Advertisement

Menurut Mek Yun, ‘kettle’ hotel tersebut digunakan untuk rebus air, bukannya merebus daging khinzir kerana lemak dan bakteria akan melekat di dalam ‘kettle’ itu.

Sangat menjijikkan, kotor dan tak hygenic langsung. Tak tahulah berapa ramai yang buat macam ni dekat Malaysia. Tapi kalau ada, orang yang buat macam tu memang tak ada adab, tak ada common sense dan tak ada hormat langung dekat orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mekyun (@mekyunn)

Satu penghinaan untuk agama Islam!

Malah, pempengaruh itu juga meningatkan bahawa individu yang beragama Islam tidak boleh langsung menyentuh segala yang berkaitan dengan daging khinzir kerana ia haram disisi agama.

Bukan ke itu satu penghinaan dan buat orang rasa tak selamat langsung? Dan benda ni menjijikkan tau. Sebagai orang Cina, Mek Yun sendiri pun malu bila nampak benda macam ni.

Di akhir video yang dimuat naik, Mek Yun memberi pesanan buat orang ramai agar tidak melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu dan saling menghormati antara satu sama lain.

Isu Group FB 'Target' Budak Sekolah: Mek Yun Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan - "Ini Tentang Keselamatan Anak-Anak Kita.."
2025-06-11 14:56:57

Isu Group FB 'Target' Budak Sekolah: Mek Yun Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan - "Ini Tentang Keselamatan Anak-Anak Kita.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...