Individu Muat Naik Video ‘Mukbang’ Akan Didenda RM63,000

Makanan

Individu Muat Naik Video ‘Mukbang’ Akan Didenda RM63,000

Sebelum ini, video ‘mukbang’ pernah tular and menjadi trend dalam kalangan anak muda di seluruh dunia. Namun, penyiaran video ‘mukbang’ ini sudah diharamkan oleh negara China.

Menurut laporan New York Post, tindakan itu sebahagian daripada kempen mengelak pembaziran makanan.

Advertisement

Di bawah undang-undang baru, mana-mana individu yang memuat naik kandungan berkaitan makan dalam kuantiti banyak dan melakukan pembaziran makanan boleh didenda sehingga 100,000 yuan (kira-kira RM63,000).

Susulan itu, larangan itu memberi kesan kepada video ‘mukbang’ yang dimuat naik YouTuber di China. Ini kerana video sebegitu sudah dipadamkan di media sosial China seperti di TikTok Douyin.

Tambahan, bukan sahaja pengguna media sosial saja yang terikat dengan undang-undang itu, malah pengusaha kedai makan atau restoran juga akan didenda sekiranya mereka mempromosikan pelanggan untuk membeli dalam kuantiti yang banyak.

video mukbang di China

Terdahulu, sebuah restoran di wilayah Hunan dikatakan menawarkan menu khas dan menjual makanan mengikut berat badan pelanggan.

Susulan langkah kerajaan itu, kebanyakan restoran di China kini berhati-hati dalam menyediakan kuantiti makanan untuk pelanggan supaya tidak membazir.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...