Meskipun Erin Malek sudah jarang memunculkan diri dalam naskhah baru namun pelakon wanita itu sangat aktif di media sosial bagi berkongsi perjalanan kehidupan sehariannya bersama peminat.
Walaubagaimanapun, salah satu entri mengenai Erin menjadi perhatian ramai dek dirinya yang kelihatan tidak berhijab. Daripada sumber di Forum CARI, gambar tersebut telah dimuat naik oleh jurulatih kesihatan wanita tersebut semasa mereka menjamah sarapan di Kenny Hills Bakes kelmarin.
Walaubagaimanapun, gambar tersebut sudah pun dipadam tak lama selepas itu namun ‘set up’ meja yang dimuat naik oleh Erin nampak seiras dengan apa yang terdapat dalam foto tersebut.
Sudah pun membuat keputusan untuk berhijab penuh pada tahun 2016, kehadiran gambar ini ternyata membuatkan peminat tertanya-tanya sama ada Erin sudah pun tidak berhijab lagi.
Malah dalam satu gambar yang dikongsikan oleh rakan Erin, dapat dilihat dia melepaskan rambutnya ketika menyertai satu kelas kesihatan. Meskipun hanya gambar ‘throwback’, namun sepertinya ia berlaku selepas pelakon itu mengesahkan bahawa dia sudah berhijab penuh.
Walaubagaimanapun, jikalau melihat pada entri terbaru Erin, dia masih memakai hijab seperti biasa, lantas ramai yang membuat spekulasi bahawa mungkin pelakon itu hanya free-hair kadang-kadang sahaja.
Hmmm…