Pengakuan seorang pemilik MPV mewah menerusi grup di Facebook mencuri perhatian netizen selepas individu itu akui menyesal memiliki kenderaan tersebut.
Menurutnya, dia telah membeli sebuah Toyota Alphard tahun 2013 pada harga RM130,000 dan sudah dipakai sejak 7 bulan yang lalu.
Ceritanya, Alphard tersebut dibelinya untuk memberikan keselesaan buat keluarga di mana dia telah membuat pinjaman bank selama 7 tahun dengan deposit sebanyak RM50,000 dan bayaran bulanan pula RM1,200.
Namun, selepas beberapa bulan dia mula berasa menyesal apabila memikirkan hutang dengan pihak bank selama 7 tahun sedangkan boleh saja dia beli Alphard second hand secara tunai.
Ketika itu saya ada cash di tangan hanya RM50,000, mungkin disebabkan tidak fikir panjang dan tidak sabar maka terus terjerat dengan loan kereta ini selama 7 tahun.”
Tambahnya lagi, sedangkan dia boleh saja dapatkan MPV berkenaan yang terpakai pada harga RM80,000 direct daripada pemilik dan bebas hutang bank.
Individu tersebut turut meminta nasihat atau tips daripada orang lain jika ada peluang bisnes yang boleh dapat sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di mana ada sebahagian yang menempelak tindakannya kerana ‘menjerat diri’ dengan pinjaman bank.
Dalam pada itu, sesetengah netizen memberitahunya untuk tidak berasa menyesal kerana tujuan asalnya membeli MPV berkenaan adalah untuk keselesaan ahli keluarga.