Individu Luar Negeri Johor Berebut Desak Nak Jadi Warga Johor, Status “Bangsa Johor” Jadi Rebutan

Trending

Individu Luar Negeri Johor Berebut Desak Nak Jadi Warga Johor, Status “Bangsa Johor” Jadi Rebutan

Bangsa-JohorSesetengah individu yang lahir di negeri lain kini berebut-rebut mendesak untuk jadi orang Johor. Mereka mahu menukar digit tengah dalam MyKad masing-masing untuk menunjukkan mereka ialah orang Johor.

Malah ada yang sanggup untuk membayar bagi mendapatkan “keistimewaan” itu.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata beliau dimaklumkan mengenai kewujudan beberapa ‘ejen’ yang meminta bayaran sehingga ribuan ringgit, untuk perkhidmatan itu.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya jangan terpedaya kepada ejen penipu berkenaan, lapor FMT.

Digit tengah “01” dalam MyKad menandakan individu berkenaan dilahirkan di Johor.

Tee berkata ada orang di Selangor dan Kuala Lumpur bertanya kepadanya jika boleh menukar nombor MyKad mereka kepada “01”.

Katanya, nombor tengah dalam MyKad tidak boleh ditukar langsung.

“Kami mengalu-alukan sesiapa untuk tinggal dan menjalankan perniagaan di Johor. Anda tidak perlu tukar nombor MyKad anda untuk tinggal di negeri ini.”

Ketika ditanya mengapa ada orang yang sanggup bersusah payah menukar nombor MyKad mereka, Tee berkata beliau percaya ia disebabkan terma “Bangsa Johor” yang digunakan untuk merujuk kepada mereka yang lahir di negeri ini.

Ia juga mungkin kerana pengenalan konsep “Johor Muafakat” oleh kerajaan negeri yang menarik ramai orang untuk menjadi orang Johor.

Selain itu, katanya negeri itu makmur dengan pembangunan stabil dan rakyat pelbagai bangsa tinggal bersama secara harmoni.

Ramai rakyat Johor yang bekerja di Kuala Lumpur bangga dengan negeri mereka dan Sultan Johor.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...