Individu Langgar Perintah ‘Lockdown’ Dipenjara Dalam Kandang Anjing Di Filipina

COVID-19

Individu Langgar Perintah ‘Lockdown’ Dipenjara Dalam Kandang Anjing Di Filipina

Sebanyak ratusan rakyat di Filipina telah ditangkap oleh pihak polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 16 Mac lalu di sana.

Memandangkan terlalu ramai rakyat di Filipina telah memandang remeh dan masih ingkar dengan arahan perintah berkurung yang diumumkan oleh Perdana Menteri Rodrigo Duterte baru-baru ini, pihak polis telah menangkap penduduk yang tidak mematuhi arahan dan memasukkan mereka ke dalam ‘kandang anjing’ selain dijemur ditengah panas.

Advertisement

Baca: Pesakit Covid-19 Di Arab Saudi Berdepan Hukuman Pancung Selepas Kantoi Meludah Di Kawasan Awam

Di salah satu wilayah di Filipina seorang pegawai polis telah bertindak menangkap dan mengunci seramai lima orang penduduk di dalam kandang anjing. Menurut sumber dua daripada penduduk tersebut adalah kanak-kanak.

Turut dikatakann, ketua polis daerah pentadbiran setempat itu telah bertindak mengancam untuk menembak dan meninggalkan mayat mereka terkunci di dalam sangkar anjing tersebut.

Gambar Hiasan

Mereka juga dijemur di tengah panas.

Selain itu, di sebuah bandar di Manila, pihak berkuasa tempatan telah dikritik kerana telah ‘menjemur’ penduduk di sana yang melanggar perintah berkurung di tengah-tengah gelanggang bola keranjang sewaktu panas terik.

Filipina cukup terkenal dengan tindakan tegas mereka dalam memerangi sesuatu perkara di negara tersebut. Sebelum ini dikatakan, negara tersebut telah melakukan pelbagai perkara bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat tentang bahaya COVID-19 supaya mereka mengikut arahan perintah berkurung itu, tetapi masih gagal.

Tindakan tegas lain pernah dilakukan sebelum ini.

Gambar Hiasan

Antara tindakan yang telah dilakukan sebelum ini adalah meletakkan ‘keranda’ di setiap sekatan jalan raya, bertujuan memberi peringatan tentang risiko kesihatan mereka akibat virus ini.

Human Right Watch (HRW) telah mengecam tindakan tersebut.

Namun, tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di sana mendapat banyak kritikan luar. Terkini, dilaporkan bahawa Human Right Watch telah menghantar bantahan rasmi agar para pegawai menghormati hak mereka yang ditangkap.

Pihak polis dikatakan seharusnya membuat siasatan dahulu sebelum bertindak sedemikian.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...