Boleh dikatakan isu mengenai waktu check-ini dan check-out yang tidak konsisten sering kali menjadi bualan ramai dan seorang netizen meluahkan rasa kurang senang dengan masa yang ditetapkan.
Luahan seorang lelaki di X ini telah menimbulkan perbincangan di media sosial, di mana dia merayu agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk campur tangan bagi selaraskan masa daftar dan keluar hotel-hotel di Malaysia.
Nak rakyat support Tourism Malaysia.
Kementerian Pelancongan @MyMOTAC kena campur tangan isu check in-check out.
Check in 4pm, check out 11am bagi saya melampau.
Atau kita kempen boikot hotel yang buat polisi ini.
Siapa setuju, apa pandangan?— Hakim H (@netnetwok) September 22, 2024
Lelaki terbabit mengeluh kerana kebanyakan hotel di Malaysia menetapkan masa daftar semakin lewat tetapi masa keluar pula dipercepatkan yang membuatkan ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati.
Katanya lagi, jika industri pelancongan tempatan mahu mendapat sokongan rakyat, mereka perlu diselesaikan secepat mungkin.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan luahan lelaki itu dan berharap agar perkara ini diambil serius oleh pihak atasan.