Individu Kecewa Cuti Tahunan Ditolak Gara-Gara Tiada Dokumen Sokongan – “Nak Cuti Pun Payah..”

Kehidupan

Individu Kecewa Cuti Tahunan Ditolak Gara-Gara Tiada Dokumen Sokongan – “Nak Cuti Pun Payah..”

Permohonan cuti tahunan sepatutnya mudah. Sama ada untuk menenangkan fikiran, menghadiri majlis perkahwinan atau sekadar berehat, memohon cuti tidak seharusnya terasa seperti satu siasatan besar-besaran.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila dia berhadapat dengan  polisi cuti tahunan (AL) syarikat yang terlalu ketat.

Advertisement

annual leave

Menerusi aplikasi Threads, wanita itu berkongsi betapa terkejutnya dia apabila mengetahui bahawa setiap permohonan cuti tahunan perlu disertakan dengan dokumen sokongan.

Bagi dirinya, ini merupakan kali pertama dia berdepan dengan peraturan sebegitu sepanjang kerjayanya.

First time ya selama kerja ni nak apply AL nak kena ada supporting document. No wonder ramai resign 24 hours dekat sini.

Pada mulanya, dia menyangka polisi itu hanya diguna pakai dalam kes tertentu.

Namun tidak lama kemudian, dia menyedari bahawa tidak kira apa pun sebabnya termasuklah hal peribadi, dokumen tetap diperlukan.

wanita

Nak supporting document apa kalau AL? Saya pening betul lah. Nak cuti sendiri pun payah.

Dalam pada itu, dia memberitahu alasan umum seperti “urusan peribadi” tidak diterima melainkan disertakan dengan bukti.

Kalau ada kenduri kahwin kena bagi kad jemputan kahwin, kalau ada family matter nak kena stated family matter apa. Ya tuhanku.

Selain itu, dia turut berkongsi pengalamannya ketika memohon cuti sakit (MC).

slip mc

Even saya nak MC pun dipaksa juga datang kerja sampai pucat kesi. Ingat kita main-main kalau tengah sakit tapi itulah gagahkan diri juga lah datang.

Hantarannya mendapat perhatian ramai netizen, terutamanya mereka yang pernah berdepan dengan polisi kerja yang tidak munasabah di tempat kerja masing-masing.

komen threads komen threads

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

kerajaan pertimbang laksana semula sekatan perjalanan peminjam PTPTN
1 month ago

"Kalau Boleh Bercuti Luar Negara, Takkan Tak Boleh Bayar Hutang PTPTN?" - Akmal Saleh Setuju Jika Sekatan Perjalanan Dilaksana Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...