Individu ‘Kantoikan’ Jofliam Pakai Wagyu Gred Rendah, Bukan Jenis A5 – “Target Market Dia Semua Yang FOMO”

Trending

Individu ‘Kantoikan’ Jofliam Pakai Wagyu Gred Rendah, Bukan Jenis A5 – “Target Market Dia Semua Yang FOMO”

Sebelum ini, pernah timbul persoalan dan dakwaan bahawa usahawan piza, Jofliam benar-benar menggunakan wagyu A5 dalam menu popularnya.

Seorang pengguna Threads @theycallmebawang tampil membuat ‘pengesahan’ dan berkata Jofliam memang menggunakan wagyu namun bukan jenis wagyu A5 seperti yang digembar-gemburkannya.

Advertisement

Dia mungkin pakai crossbreed atau wagyu gred rendah.

piza wagyu jofliam

Ujar individu itu, secara teknikalnya Jofliam tidak menipu kerana memang benar dia menggunakan wagyu tetapi harga diletakkannya tidak berpatutan untuk wagyu gred rendah yang semestinya lebih murah berbanding A5.

Orang tetap akan beli walaupun harga tak masuk akal. Target market dia semua confirm yang jenis FOMO. Biasanya yang FOMO ni semua tak kisah bab duit janji dapat lepas teringin tu.

Dalam pada itu, individu berkenaan juga turut mencadangkan netizen jika mereka mahu memastikan hal tersebut bolehlah buat perbandingan dan tengok perbezaan daging wagyu digunakan restoran Bienz dan yang dijual oleh Jofliam.

Threads pasal piza wagyu Jofliam

Hantaran itu merah perhatian pengguna Threads dan rata-ratanya memberikan pendapat masing-masing tentang hal tersebut.

Ramai yang turut sama membuat kesimpulan bahawa Jofliam memang tidak menggunakan daging wagyu A5 seperti yang dikatakannya.

komen netizen

bisnes jofliam gagal
2025-08-30 15:21:04

Dahulu Gah, Netizen Persoal Event Pizza Wagyu Jofliam Makin Hambar - "Balasan Aniaya Isteri?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...