Cara paling mudah untuk buat benih strawberi. Boleh cuba sendiri di rumah. Sangat mudah. Cuma pastikan benih ‘local’ supaya senang tumbuh.
Kupas kulit strawberi, dan letakkan atas kertas tisu
Keringkan selama beberapa hari.
Jika sudah betul-betul kering, benihnya akan tercabut sendiri.
Benih yang telah dikumpulkan, setelah beberapa hari dikeringkan
Selepas beberapa minggu (yang ini 3 minggu) anda akan nampak ia sudah mula untuk bercambah.
Inilah hasilnya, banyak juga buah yang ada.
Sebaiknya tanam di balkoni, tanpa ‘direct sunlight’. Hanya kena cahaya matahari sehingga jam 11 pagi sahaja, dan siram air seminggu sekali. Gunakan benih ‘local’ bukan yang import supaya boleh tahan dengan cuaca di Malaysia.
Sekiranya anda pergi ke Cameron Highland, atau Tuaran, mahu pun tempat yang ada jual buah strawberi (tempatan), boleh beli, dan cuba cara ini di rumah. Yang penting ikuti langkah, dan pantang larang yang telah dikongsikan ini. Selamat mencuba.
Kredit : Asri Meris