Sikap Segelintir Ibu Bapa Berbohong Maklumat Diri Untuk Dapatkan Bantuan Sekolah Ditegur

Trending

Sikap Segelintir Ibu Bapa Berbohong Maklumat Diri Untuk Dapatkan Bantuan Sekolah Ditegur

Segelintir ibu bapa yang pernah buat perangai tak elok ini didedahkan dan berharap agar insaf. Juga pada ibu bapa yang tak pernah buat, janganlah buat.

Advertisement

Memetik perkongsian individu bernama Mohd Fadli Salleh, ada segelintir ibu bapa suka berbohong tentang maklumat diri. Terutama bila mereka kerja sendiri.

Tempat ruangan pendapatan tu mereka letak gaji RM700- RM1000 sahaja. Maka bila ikut kira-kira, anak dia ‘layak’ dapat semua bantuan yang ada. RMT, KWAMP, bantuan RM100 setiap anak dan sebagainya.

Namun yang jeliknya apabila pergi ke rumah, rupanya ada kereta mewah.

Ada pula kereta kedua malah ke tiga. Motor sampai dua tiga biji. Rumah milik sendiri yang agak besar juga. Duit poket anak pun mampu beri hingga RM5 sehari.

MasyaAllah. Tidak ada sedikit rasa bersalahkah dalam hati mereka-mereka ini?

Menipu pendapatan untuk sedikit bantuan. Mengambil benda yang bukan hak kita.

Bagaimana status halal haram setiap suap nasi RMT yang disuap pada anak itu? Bagaimana status halal haram setiap wang ringgit yang diambil bukan milik kita?

Apa masih punya agama?

Makan benda yang bukan hak ini memberi kesan.

Tidak hairanlah bila belajar anak susah faham. Tidak hairanlah jika hidup tidak berkat walau dikelilingi duit yang banyak. Itu belum dikira pembalasan di hari akhirat.

Usah tamak bantuan yang sedikit. Usah gelojoh dengan peluang yang bukan milik kita.

Tidak berbaloi hanya kerana sedikit bantuan yang kita perolehi secara haram, kesannya besar pada anak-anak dan keberkatan hidup sepanjang zaman.

Yang bukan rezeki kita, lepaskan. Hak orang lain, pulangkan. Bila Allah dah tetapkan rezeki kita, ikan yang dikail terlepas pun lompat naik ke darat dengan sendiri.

Begitulah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...