Individu Ini Perjelas Perkara Sebenar Yang Berlaku Disebalik Rekaan Logo “Visit Malaysia 2020”

Trending

Individu Ini Perjelas Perkara Sebenar Yang Berlaku Disebalik Rekaan Logo “Visit Malaysia 2020”

Disebabkan ada yang masih tanya aku pasal benda ni walaupun aku dah tinggalkan tempat tu lebih dua tahun, aku jawab kat sini je la ye. Lepas ni jangan tanya-tanya lagi. Semak la.

Advertisement

‘Timeline’ aku semenjak dua menjak ni penuh dengan komen pasal logo VMY 2020. Kecoh.

Aku dulu kerja Tourism Malaysia. Enam tahun aku duduk kat Bahagian Sokongan Promosi, lebih dikenali sebagai Bahagian Produksi.

Bahagian atau ‘division’ yang bertanggungjawab keluarkan bahan-bahan kolateral dan penerbitan-penerbitan Tourism Malaysia. Contohnya poster, cenderamata, brochure, semua tu lah.

Ye, abang yang reka logo VMY tu ada dalam bahagian ni.

Aku kenal abang tu. Dia antara orang yang paling lama yang masih berkhidmat dengan Tourism Malaysia. ‘Division’ kita orang ni kecik je. Kalau sorang tersepak tunggul, satu ‘division’ akan tau.

Abang ni bukan tiada bakat dalam reka bentuk.

Ada banyak jugak reka bentuk dia yang cantik-cantik. Ada yang menang anugerah pun. Tapi lumrahlah, dalam kerja yang kita buat ni ada yang meletup ada yang terkurang.

Tak semua hebat memanjang. Pengarah yang tersohor lagi mahsyur pun ada yang keluarkan filem mengarut, inikan pulak pereka bentuk kerajaaan.

Sebelum korang kutuk-kutuk dia lebih lanjut, korang kena faham proses kerja badan kerajaan ni macam mana. Pekerja badan kerajaan ni buat kerja atas dasar ‘Saya Yang Menurut Perintah’, atau SYMP.

Dia orang ikut je apa yang bos-bos suruh.

Kadang-kadang reka bentuk asal dah elok, tapi dah sorang suruh tukar ini, sorang suruh tambah itu, dah jadi lain daripada yang asal. Nak bantah tak boleh, sebab dia bos, kau kuli je. Ye lah, SYMP kan.

Jadi kau buat je la ikut apa yang dia orang nak, walaupun kau rasa berat nak hantar sebab kau rasa itu bukan yang terbaik yang kau boleh hasilkan. Tapi pedulik apa kau rasa macam mana.

Kalau bos nak yang macam tu, buat je la. Kata SYMP.

Bahagian Promosi yang kiranya ‘the creative division of Tourism Malaysia’ ni memang selalu kena macam tu.

Kadang-kadang malas nak buat elok-elok sangat sebab nanti akan ada campur tangan jugak daripada pihak lain yang akan mengubah segalanya.

Lepas tu bila kena kutuk yang kuli-kuli tukang buat ni jugak yang kena, bukan yang tukang suruh, yang tukang cadang atau yang tukang mengesahkan.

Kesimpulannya, kalau nak kutuk tu, tak payahlah kutuk pereka bentuk tu lebih-lebih.

Ini sampai viralkan muka, viralkan nama pereka bentuk tu dah kenapa?

Nak tempah tiket masuk neraka ke apa? Kesianlah sikit dengan dia. Kalau korang nak kutuk organisasi tu takpe lagi, ni sampai ‘single out designer’ tu jadi bahan ketawa korang.

Ini sangat tidak adil, terutamanya sejak dia hanya jalankan tugas je.

Ye, aku tau, logo tu memang kurang. Tapi aku tak salahkan pereka bentuk tu, aku salahkan yang tukang meluluskan. Sebab aku pun pernah kena situasi macam tu, banyak kali dah.

Sebenarnya, semua pereka bentuk & penulis yang kerja kat ‘division’ tu semua dah pernah kena.

Tup-tup kita orang jugak yang salah, yang kena jawab. Yang tukang meluluskan, tukang cadang, tukang suruh ubah/tambah itu-ini, terus jadi batu. Tiba-tiba bisu.

Kredit : Rozita Jaafar Sekdek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...