Individu Ini Dedah Realiti Sebenar Pemegang Ijazah Dulu Dan Sekarang Yang Ramai Tidak Tahu

Trending

Individu Ini Dedah Realiti Sebenar Pemegang Ijazah Dulu Dan Sekarang Yang Ramai Tidak Tahu

Hari ini lambakan graduan ijazah semakin ‘parah’. Malah sehinggakan sekarang tiada jalan penyelesaian bagaimana untuk mengatasi lambakan ini.

Advertisement

Pengeluaran graduan silih berganti menunjukkan semakin hari semakin lambakan ini tidak berpenghujung.

Namun begitu ada juga graduan yang berjaya menempatkan diri dalam sektor kerajaan dan swasta.

Tetapi hanya segelintir sahaja. Itupun setelah berulangkali menghadapi temuduga yang ‘sukar’.

Kesudahannya ramai graduan yang tercicir ini meneruskan kehidupan mereka dengan bekerja dalam bidang yang berlainan dengan kursus yang mereka pelajari.

Dek kerana situasi ini, seorang lelaki ini telah terpanggil untuk mendedahkan realiti sebenar pemegang ijazah dulu dan sekarang dan ternyata pendedahannya benar-benar membuka mata netizen hari ini.

Baca perkongsian lelaki ini..

Penting Ke Degree?

=============

Tahun 1980-an, sekiranya seseorang itu menjejakkan kaki ke menara gading, satu kampung akan kecoh. Tumbang lembu seekor untuk kenduri doa selamat.

Selepas tamat pengajian pekerjaan terjamin. Tak perlu cari kerja, tetapi syarikat lah yang datang dan tawarkan kerja. Boleh terus jadi bos. Cerah masa hadapan.

Tahun 2000 zaman sedikit berubah. Lambakan IPT menyebabkan ramai orang sudahpun bergelar graduan.

Namun masih penting untuk dapatkan degree kerana ia akan menentukan seseorang itu menjawat jawatan eksekutif atau bukan eksekutif.

Trend terus berubah.

Melihat keadaan sekarang, graduan tidak lagi mendapat tiket untuk pekerjaan.

Terutama apabila terdapat lambakan graduan, dan syarikat pula kompetitif dalam mengawal kos. Basic supply & demand, graduan yang banyak menjadikan ‘harga’ mereka rendah apabila demand semakin berkurang.

Tahun 80-an biasiswa diberikan dan pembiayaan segalanya ditanggung.

Kini, graduan terpaksa menanggung RM60-80k hutang walaupun belum lagi bergelar graduan. Bajet untuk IPT juga semakin dikurangkan walaupun kos semakin meningkat.

Sedangkan kawan mereka yang bekerja sejak umur 18 tahun bebas dari pinjaman pendidikan. Gaji minimum RM1000 selepas 4-5 tahun sudah tentu ada peningkatan.

Pengalaman bekerja juga boleh diambilkira dalam resume. Dah belajar selok-belok. Dengan beberapa Professional Certification, mereka sudah boleh demand gaji yang lebih tinggi.

Zaman sekarang ilmu sudah menjadi ‘open source’. Ilmu boleh didapati dihujung jari. Banyak kursus online ditawarkan dengan harga yang sangat murah.

Dan ledakan maklumat juga menjadikan pembelajaran 5 tahun lepas menjadi obsolete.

Teringat saya pada final year project, saya menggunakan Java untuk membuat aplikasi Symbian OS – Operating System untuk Nokia. Tahun 2007, apabila iPhone diperkenalkan, Symbian hampir pupus dari muka bumi.

Majikan juga sangat memilih kriteria seperti soft-skills dan creativity, perkara yang kurang ditekankan dalam bidang akademik.

Ditambah pula syarikat gergasi sekarang tidak lagi mengambil kira ‘college degree’ sebagai kriteria utama pemilihan. (Rujuk pada gambar). Just a matter of time untuk syarikat lain mengikut jejak langkah.

Perlu ke generasi akan datang mendapatkan segulung ijazah sebagai pengukur kejayaan?

Mungkin bagi sesetengah bidang seperti perubatan dan kejuruteraan awam perlu atas faktor keselamatan dan nyawa.

Tetapi bagi bidang yang lain, perlu kah kita me’labur’kan masa dan wang selama 4-5 tahun untuk segulung ijazah?

Renung-renungkan.

Kredit : Johan Irwan Kamarozaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...