Seorang warganegara Indonesia yang pada awalnya disahkan menghidap kanses usus mendapat tahu dia hanya mengalami gerd selepas mendapatkan rawatan di Malaysia.
Kisah itu dikongsikan di laman sosial Threads oleh seorang wanita yang bercerita tentang pengalaman rakannya terbang ke Pulau Pinang untuk merujuk hospital di sana.
Temanku di Indonesia didiagnosis kanser usus sekalinya rujuk ke Pulau Pinang ternyata cuma asam lambung (gerd).
Perkongsian wanita itu mencuri perhatian dan ramai yang lain kemudian berkongsi tentang tahap profesionalisme dunia perubatan di negara jiran yang meragukan.
Seorang individu turut menceritakan pengalamannya berbual dengan tetamu dari Indonesia ketika tiba di Malaysia. Individu tersebut bertanya tujuan pelancong itu ke Malaysia dan apabila terkejut kerana dia sanggup terbang ke sini hanya untuk mendapatkan rawatan, warga Indonesia berkenaan menjawab,
Doktor di Indonesia tidak sebagus di Malaysia.
Ada juga yang mendedahkan kisah pesakit didiagnos kanser telinga oleh doktor di Indonesia namun apabila mendapatkan rawatan di Malaysia, dia dimaklumkan telinganya sakit disebabkan serangga yang telah masuk ke rongga.
Ramai warga Indonesia sendiri yang memberi komen dan akui mereka lebih mempercayai fasiliti kesihatan di Malaysia berbanding negara asal mereka.
Saya sudah tiga kali menjalani pembedahan di Malaysia, dan walaupun saya warga asing, layanan yang diberikan oleh pihak hospital memang sangat tiptop. Saya amat menghargai kemudahan yang diberikan.