Individu Dikecam Persoal Zizi Kirana Sertai Misi Sumud Flotilla – “Tak Tahu Apa Kepentingan Dia Untuk Pergi Sana”

Kehidupan

Individu Dikecam Persoal Zizi Kirana Sertai Misi Sumud Flotilla – “Tak Tahu Apa Kepentingan Dia Untuk Pergi Sana”

Seorang individu menerima kecaman selepas mempersoal mengapa penyanyi, Zizi Kirana perlu menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, Sumud Flotilla.

Menerusi hantaran di Threads, individu itu berkata isteri kepada aktor Yusuf Bahrin tersebut tidak cukup kecergasan fizikal dan tidak sesuai untuk misi sebegitu.

Advertisement

Tak tahu apa kepentingan dia untuk pergi ke sana. Bantuan ubatan atau makanan tu semua boleh je diagihkan tanpa kehadiran dia.

individu persoal Zizi Kirana Sumud Flotilla

Hantaran individu terbabit meraih perhatian dan ramai yang menghentamnya kerana mempersoal tentang perjuangan dan keberanian mereka yang menyertai Sumud Fortilla.

Segelintir individu berkata antara peranan Zizi adalah menyebarkan kesedaran menerusi media sosial tentang misi berkenaan agar mendapat sokongan ramai.

individu persoal Zizi Kirana Sumud Flotilla individu persoal Zizi Kirana Sumud Flotilla Zizi Kirana Sumud Flotilla

Beberapa individu pula menyindirnya semula dan persoal adakah dia cukup cergas dan layak untuk sertai misi itu sebagaimana Zizi Kirana.

Dalam pada itu, ada berkata individu itu tidak perlu untuk faham situasi berkenaan namun cukup sekadar berdiam diri tidak mempersoalkan tindakan Zizi selain berkata penyanyi itu dikurniakan rezeki untuk berjihad dengan cara sebegitu.

individu persoal Zizi Kirana Sumud Flotilla individu persoal Zizi Kirana Sumud Flotilla

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zizi Kirana harap rakyat Malaysia terus sokong Sumud Flotilla
2025-09-18 16:57:51

Zizi Kirana Harap Masyarakat Fokus Misi Kemanusiaan - "Dekat Malaysia Aku Nampak Sibuk Hal Politik, Hal Rumah Tangga"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...