Seorang individu tampil berkongsi sisi peribadi pelakon versatil, Que Haidar yang jarang diketahui umum.
Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mengimbas kembali pertemuannya dengan Que dan keluarga di sebuah pusat beli-belah di Pulau Pinang sekitar tahun 2012. Ketika itu, dia berhasrat untuk mengambil gambar bersama aktor berkenaan.

Namun, menurutnya, Que terlebih dahulu meminta agar dia mendapatkan keizinan daripada isterinya ketika itu, Linda Jasmine.
“Saya pernah jumpa Que dengan keluarganya di Gurney Plaza pada tahun 2012, kalau tak salah. Saya tanya kepada Que, untuk nak bergambar. Kemudian dia jawab, ‘tanya kakak (Linda Jasmine) kau dulu’, sambil tunjuk isteri dia.”
“Saya pun tanya isterinya dan dia jawab boleh. Que datang dekat isteri dia dan kami tangkap gambar sekali.”
Menurut individu berkenaan, tindakan tersebut mencerminkan sikap hormat Que terhadap isteri serta menjaga batas dalam rumah tangga.

“Saya ucapkan terima kasih dan dia jawab sama-sama. Saya respect Que sebab hormat isterinya ketika itu.”
Perkongsian itu meraih reaksi positif dalam kalangan netizen yang memuji sikap pelakon filem Rock Oo! tersebut kerana mengutamakan perasaan isteri serta tidak bersikap sombong walaupun bergelar selebriti.
Untuk rekod, Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 sebelum bercerai talak satu pada 2 Julai 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
