Isu Shakilla Khoriri didakwa menghalang bekas suami, Fizi Ali berjumpa dengan anak perempuan mereka, Ameena Sofea, 4, bakal berlanjutan apabila penyampai radio itu mendedahkan akan membawa kes ini ke mahkamah.
Bagaimanapun, aktres itu pula menafikan dakwaan tersebut dan mengakui menyekat nombor telefon Fizi Ali namun berkata mereka berdua tahu mengapa sebab dia berbuat sedemikian.
Terbaru, seorang individu mendakwa Shakilla pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia menghalang Fizi berjumpa anaknya kerana isteri barunya memelihara kucing.
Haritu ada terbaca komen orang lain dekat IG, dia (Shakilla) cakap sebab Ameena alah dengan kucing. Tu tak bagi jumpa kan, risau Ameena sakit.
Bukan itu sahaja, ada juga individu yang menegur Fizi agar menghormati permintaan Shakilla sebagai ibu kandung kepada anaknya.
Kalau Shakilla ambil anak dari you, dapat dapat anak sakit. Tak sedap jugak. Hormat jela mak Ameena tak suka anak dekat dengan kucing.