Individu Dedah Rembayung Masih Tiada Sijil Halal, Netizen ‘Backup’ – “Baru Beroperasi, Sabar Lah”

Kehidupan

Individu Dedah Rembayung Masih Tiada Sijil Halal, Netizen ‘Backup’ – “Baru Beroperasi, Sabar Lah”

Tindakan seorang pengguna media sosial yang membangkitkan isu sijil Halal restoran Rembayung ytelah perbualan di media sosial sejak kebelakangan ini. Namun, penjelasan sebenar perlu difahami secara menyeluruh agar tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Untuk rekod, Rembayung dimiliki oleh Rembayung Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diperbadankan pada 5 November 2024, dengan alamat pendaftaran di Kota Bharu, Kelantan, manakala alamat perniagaan terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Advertisement

rembayung halal

rembayung

Dari segi pemilikan, syarikat ini adalah 100 peratus milik Muslim, dengan pemegang saham terdiri daripada Khairul Amin sendiri.

Ahli lembaga pengarah (BOD) juga terdiri sepenuhnya daripada individu Muslim, sekali gus menafikan sebarang keraguan berkaitan status pemilikan syarikat tersebut.

Berhubung status pensijilan halal, semakan di Portal JAKIM setakat ini menunjukkan tiada sijil halal dipaparkan. Namun, perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan restoran Rembayung baru memulakan operasi pada Januari 2026.

halal

Menurut prosedur standard Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM), sesebuah restoran perlu beroperasi sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum layak mengemukakan permohonan sijil halal. Oleh itu, ketiadaan sijil halal pada peringkat awal operasi adalah perkara normal dan dibenarkan, selagi tiada pelanggaran syarat syariah atau perundangan.

Sebagai pemilik yang dikenali dengan imej telus dan berprinsip, Khairul Aming dilihat berkemungkinan besar sedang dalam proses melengkapkan keperluan dokumentasi dan operasi bagi tujuan permohonan sijil halal dalam masa terdekat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

khairul aming
2026-01-07 10:41:58

"Tidur Pun Nampak Rajin" - Video Khairul Aming Terlelap Undang Perhatian, Netizen Pesan Jaga Kesihatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...