Disebabkan sekarang terdapat aplikasi dan saluran yang boleh mengenal pasti individu yang memerlukan, ramai individu yang cukup prihatin dengan keadaan masyarakat sekeliling terutamanya kepada golongan yang memerlukan.
Seperti yang sudah sedia maklum, terdapat beberapa aplikasi yang boleh mengenalpasti golongan yang susah, salah satunya ialah kitajaga.co.
Di Twitter, tular beberapa screenshot perbualan yang memaparkan individu yang memohon bantuan melalui aplikasi itu bersikap jujur dan memaklumkan situasi sebenar mereka.
Apabila ditanya masih ada keperluan lain yang perlu dibantu, individu berkenaan menjawab keperluan lain sudah mencukupi dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat sekeliling.
Bukan itu saja, terdapat juga pengguna Twitter yang lain berkongsi pengalaman sama iaitu menemukan individu yang jujur dan menolak sumbangan bantuan lain kerana bantuan yang sedia ada sudah lebih daripada cukup.
Rata-rata warganet turut bersetuju dengan tindakan mereka yang bersikap jujur kerana jika mereka bertindak sebaliknya risau akan mengambil hak orang lain.