Individu Dedah Cara Bagaimana Jerung ‘Scammer’ Ini Ditumbangkan Dan Melingkup Dalam Lokap

Trending

Individu Dedah Cara Bagaimana Jerung ‘Scammer’ Ini Ditumbangkan Dan Melingkup Dalam Lokap

Setakat ni, tips-tips ni berguna dan dah berapa ramai scammer melingkup dalam lokap.  Hartanya juga berjaya disita (bergantung kes).

Advertisement

Antara yang boleh saya sebutkan, Tok Belagak, Boy Iman, paling terkini, Syubaili, mereka ni melingkup dengan teknik ni. Akan datang, insyaAllah, kita nak lingkupkan Ng Ku, kerabat yang kaki perempuan, dan kaki tender.

Jadi, untuk mulakan tips ni, ada satu saja syarat macam mana nak tumbangkan scammer ni,

MESTI ADA 1 REPORT MANGSA MUNCUL, baru boleh undang-undang mengesahkan seseorang yang lain adalah PEMANGSA. Maksudnya, mangsa-mangsa kena buat report polis, baru ia akan dijadikan kes.

Tapi, kalau semua mangsa masih berselimut, menangis, tak buat apa, seorang scammer akan berkuasa lebih lama lagi.

Ok kalau dah ada 1 report polis, baru boleh kita pergi ke langkah-langkah yang powerful ini.

Seorang mangsa (yang dah buat report), kena pergi siasat dan cari siapa mangsa yang lain. Dan ajak mangsa kedua untuk report polis sebagai syarat untuk join ‘clan’ awak.

Masa report polis, usulkan sekali salinan resit pembayaran, salinan perjanjian, screenshot perbualan, rakaman suara (kalau ada).

Bila dah ada 2 report polis, baru layak nak buat group Whatsapp mangsa-mangsa berkumpul. Tujuannya kita nak cari mangsa ke-3, ke-4 dan seterusnya.

Pastikan mangsa baru yang dah ada report polis, baru layak join jemaah mangsa.

Report polis boleh dibuat di mana-mana Balai Polis berhampiran anda, walau scammer di Perlis, tapi mangsa di KK, jadi reportlah di KK. Jangan risau, nanti koleksi report akan disatukan dalam step seterusnya.

Mana-mana mangsa yang sembang lebat konon berjuta RM kena kencing, TAPI dia tak buat report (dengan alasan nak jaga nama baik dia, nak jaga maruah famili dia), mangsa macam ni kau ‘kick’ je dia.

Jangan update apa-apa berita kepada mangsa macam ni. Kalau boleh ludah, saya galakkan.

Kenapa nak kena banyak report?

Sebab kita nak kena berjemaah baru kuat. Kita tak tahu betapa besar jemaah Scammer di belakangnya, YB, Polis, Dato sana-sini, Gangster, blabla. Jemaah kena lawan dengan jemaah. Jangan buat serangan public lagi, selagi tak cukup 4-5 report polis.

Saya nasihatkan, kerja kumpulkan jemaah mangsa ni, kena buat senyap-senyap. Underground.

Sebab, kalau PEMANGSA tu tahu, dia boleh buat report palsu menuduh kita dengan macam-macam kesalahan (cover report). Jadi, bila si scammer tu tak tahu-menahu, baru sedap kita nak buat kerja.

Bila dah tak jumpa lagi mangsa lain, kalian kena bersatu kongsi duit, untuk LANTIK seorang peguam. Peguam ni yang akan ‘push’ kesemua report ni dibicarakan.

Masa ni, bila Lawyer usulkan report-report ni, scammer akan ditahan lokap di Balai yang report itu dibuat. Jadilah ‘Road Tour’ makan free, macam Boy Iman kena tu.

Selebihnya, kita serahkan pada kuasa mahkamah menentukan siapa salah dan betul.

Kepada yang tak tahu, risau tak dapat duit yang ditipu tu semula (sebab Si Scammer berjaya declare dia tidak berharta), kita ada kes di mana Akta Pencegahan Wang Haram.

Ada akta-akta lain yang boleh menyita harta scammer yang telah ditukarkan nama, atau dibeli dengan nama ahli keluarga/kroni si scammer. Mahkamah akan siasat benda ni.

Ada 60-70% kebarangkalian mangsa boleh dapat duit semula. Kena tunggu tempoh bersabar yang lama.

Kepada mangsa yang berdiam tu, boleh dok tepi dan perhati aje lah kes tu dibicarakan.

Kalau tiba-tiba dia insaf dan teruja nak join korang (sebab korang dah pergi jauh dengan kes tu), cakap kat dia, “Boleh blah!!” Padan muka, siapa suruh selfish sangat sebelum tu.

Ada kes di mana, si perempuan ni yang ditipu seorang kasanova, tapi dia tak mahu join clan jemaah mangsa-mangsa wanita terdahulu.

Alasannya, dia tak nak suami dia ni tahu kisah silam dia, dan dia pun bahagia bersama suami yang baru. Kita biarkan mangsa jenis macam tu. Bagitahu dia, “Orang macam kau lah, para perogol bersiri dapat hidup lama atas muka bumi ni.”

Kalau kau jumpa mangsa scammer yang sembang dia kena scam juta-juta, kau tanya dia satu benda je,

“Ada buat report polis?”

Kalau dia bagi 1001 alasan tak buat report polis, maka kalian boleh berambus awal-awal jangan dengar dia kencing. Kalau jenis mangsa yang dah move-on, tapi tak nak buat report polis, kau boleh cakap kat dia,

“Kebahagiaan kau, adalah derita mangsa yang baru.”

Jangan ketawa bahagia, sambil memijak-mijak tangis mangsa si scammer seterusnya. Kalau rasa post ni negatif sangat, tak payah buat apa-apa.

Tips kat atas ni dah terbukti berjaya. Bukan sembang kosong.

Kredit : Al Irfan Jani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...