Hantaran dimuat naik oleh Caprice mendapat perhatian ramai warganet di Instagram selepas seorang individu berkongsi kepada penyanyi rap itu tentang ‘perangai sebenar’ seorang selebriti.
Sebelum ini, Caprice pernah mendedahkan bahawa ramai warganet memintanya untuk mengulas serta membincangkan tentang isu ‘swinger’ dalam kalangan masyarakat Melayu.
Kata Caprice atau mesra dengan panggilan Cap dia mendapat banyak mesej daripada pengguna media sosial yang mengakui pernah terlibat dengan aktiviti terkutuk itu.
Bagi yang tidak tahu, ‘swinger’ ini adalah kegiatan zina di mana individu yang sudah berkahwin melakukan aktiviti bertukar pasangan untuk tujuan seks.
Mengejutkan, salah seorang individu yang menghantar mesej kepadanya mendedahkan dia pernah didekati oleh seorang selebriti wanita.
Individu tersebut turut memberikan clue bahawa artis tersebut berkulit putih dan mempunyai dua orang anak serta mempunyai adik beradik yang turut dikenali.
Dia boleh tanya kawan saya ‘nak tak threesome dengan suami I, suami I suka kat you’. Bila reject, dia cakap gurau je, padahal masa tu dia tengah mengandung 8 bulan.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, warganet berkata sebenarnya aktiviti ‘swinger’ ini sudah lama wujud dan aktif dilakukan oleh golongan tertentu.
Malah, ramai turut berkongsi pengalaman dipelawa melakukan perbuatan terkutuk tersebut oleh rakan dan sesetengah individu berkata mereka seperti dapat teka selebriti yang dimaksudkan.