Seorang lelaki di media sosial X mendakwa bahawa reka bentuk Menara Berkembar Petronas (KLCC) ada kaitan dengan ajaran Freemason.
Menurut individu yang menggunakan nama @zzeed, keseluruhan struktur KLCC dibina berdasarkan dua tiang yang dalam ajaran Freemason dianggap sebagai prinsip rohani utama yang menjadi asas kehidupan: Jachin yang melambangkan Kesatuan melalui kewujudan, dan Boaz yang melambangkan Kesatuan melalui Cinta.
Tulisnya lagi, bahagian tengah menara dikenali sebagai Suria, yang merujuk kepada heliosentrisme — satu model astronomi yang menyatakan bahawa Matahari adalah pusat alam semesta.
Dakwaan ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, dengan ada yang menerima dan mempercayainya, sementara ada juga yang menganggap ia tidak berasas dan sekadar bertujuan untuk menimbulkan perbalahan.
In fact, the entire Petronas Towers has been a huge freemasonry / Kabbal signification of Boaz and Jachim.
The center is also called Suria: pagan-focused, helio-centric practices.
The architects: César Pelli & Tun Mahathir pic.twitter.com/OGgTBiMuHI
— Z id (@zzeed) January 12, 2025
Menara Berkembar menggunakan sistem struktur tiub dalam tiub yang dicipta oleh arkitek Bangladesh-Amerika, Fazlur Rahman Khan. Penggunaan struktur tiub untuk bangunan tinggi adalah perkara biasa dalam reka bentuk moden.
Menara setinggi 88 tingkat ini kebanggan rakyat Malaysia ini dibina menggunakan konkrit bertetulang, dengan fasad keluli dan kaca yang direka mengikut motif seni Islam, mencerminkan budaya agama Islam di Malaysia.
Selain itu, reka bentuk menara turut dipengaruhi oleh seni Islam melalui bentuk keratan rentas yang berdasarkan Rub el Hizb, meskipun sektor pekeliling ditambah untuk memenuhi ruang pejabat. Bentuk pekeliling ini mirip dengan dasar Qutub Minar.
Menara ini direka oleh arkitek Argentina-Amerika, César Pelli, yang memilih gaya pascamoden untuk mencipta sebuah ikon abad ke-21 bagi Kuala Lumpur, Malaysia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.